UNIMAS santuni masyarakat Penan
BELAGA: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FMHS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama pelbagai agensi kesihatan mengadakan program jangkauan ke sebuah penempatan pedalaman masyarakat Penan, Kampung Lusong Laku di sini baru-baru ni. Program itu bertujuan meningkatkan taraf kesihatan, mendidik masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan membina kesaksamaan sosial suku kaum terpencil di negeri ini. Agensi […]
UTS terima dua bas mini sumbangan Kerajaan Sarawak
SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menerima dua bas mini China Auto Manufacturers (CAM) Co-Star 28 tempat duduk sumbangan Kerajaan Sarawak. Ia bagi memudahkan urusan pengangkutan pelajarnya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, sumbangan itu dalam usaha menyediakan kemudahan menyeluruh serta persekitaran pembelajaran kondusif kepada pelajar. Menurutnya, UTS kini […]
PUSAKA, Pertama Ferroalloys Sdn Bhd tandatangani MoU, bangunkan ladang buluh komersial
KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Expo Osaka 2025 di Osaka, Jepun. Menurut kenyataan media PUSAKA, MoU terbabit bagi membangunkan ladang buluh komersial di kawasan lesen hutan tanaman di Sarawak untukmemenuhi keperluan bahan mentah Pertama Ferroalloys Sdn Bhd. Majlis disempurnakan Pengurus Besar PUSAKA, Zainal […]
Tun Dr Wan Junaidi menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat Jumaat bersama anakanda Tasneem di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahudin, tengah hari tadi. Ketibaaan Tun Pehin Sri disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman […]
Pesta Tumbina 2025 sasarkan peningkatan pengunjung
BINTULU: Pesta Tumbina 2025 dijangka menarik kunjungan 30,000 hingga 35,000 pengunjung di Taman Tumbina di sini yang bermula semalam hingga 10 Ogos ini. Ini sekali gus akan memperkukuh kedudukannya sebagai antara acara komuniti terbesar di wilayah tengah Sarawak. Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datuk Haidar Khan Asghar Khan berkata, angka itu juga merupakan sasaran […]
SPRM sambut baik penubuhan Ombudsman Sarawak
KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyokong usaha Sarawak dalam membanteras isu rasuah melalui penubuhan Ombudsman Sarawak. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato Sri Azam Baki secara peribadi menyokong penuh penubuhan badan itu yang merupakan satu-satunya di Malaysia dan berperanan memantau kepatuhan terhadap tatakelola dan urus tadbir kerajaan. Jelas beliau, pihaknya amat menghargai sokongan padu […]
PAC teliti projek pembangunan industri beras Bario
BARIO: Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembangunan Industri Beras Bario, di sini, baru-baru ini. Projek terbabit dilaksanakan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro yang juga Pengerusi PAC Sarawak, Razaili Gapor berkata lawatan […]
Sektor pelabuhan dibincang dalam pertemuan Douglas Uggah, Kirstine
KUCHING: Cadangan menerokai peluang jaringan kerjasama dalam membangunkan sektor pelabuhan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan Duta Besar Denamark ke Malaysia, Kirstine Vangklide Bermer. Kirstine yang sedang rangka lawatan ke negeri ini mengadakan kunjungan hormat kepada Douglas Uggah di pejabatnya di sini hari ini. Terdahulu, Kirstine […]
PERKIBAR dijemput sertai Regata Lingga
BANDAR SERI BEGAWAN: Jawatankuasa Induk Regata Lingga 2025 mengadakan kunjungan kepada Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERKIBAR). Kunjungan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini, semalam. Beliau berkata, ini bagi menyampaikan jemputan rasmi bagi menyertai acara perlumbaan perahu edisi ketiga itu berikutan […]
IBEC UNIMAS laksana program khidmat komuniti Taman Negara Niah
NIAH: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan program khidmat komuniti berimpak tinggi bertema “Co-guardians of Niah National Park through Citizen Science” di Taman Negara Niah, di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan UNIMAS, program itu dilaksanakan Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) UNIMAS dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) sempena ulang tahun pertama pengiktirafan Taman […]
