Ahmad Johnie perkukuh komuniti Parlimen Igan, salur dana RM395,500
DARO: Peruntukan sejumlah RM395,500 disalurkan kepada pelbagai penerima di seluruh kawasan Parlimen Igan dalam usaha memperkukuh komitmen terhadap pembangunan komuniti. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyalurkan Dana Peruntukan Mengurus Kawasan Parlimen itu kepada pelbagai penerima di Pusat Khidmat Igan, semalam. Ia bertujuan memperkukuh fungsi organisasi tempatan dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan masyarakat. “Sumbangan ini […]
Kutipan Larian Isthmus Sarawak Energy disumbang pada pertubuhan amal
KUCHING: Larian Isthmus Sarawak Energy 2025 yang memasuki edisi ke-10 berjaya menarik penyertaan kira-kira 6,000 peserta yang berlangsung di Menara Sarawak Energy di sini, hari ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Dato Sri Julaihi Narawi merasmikan larian itu dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili. Larian itu turut disertai 14 […]
Upacara naik Bendera Ibu Pertiwi, mercu tanda bandar raya
KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyempurnakan Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi bagi edisi Ogos di Dataran Ibu Pertiwi di sini pagi tadi. Majlis dimulakan dengan Pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) disusuli nyanyian lagu kebesaran Sarawak ‘Ibu Pertiwiku’ serentak dengan upacara menaikkan bendera. Turut hadir Timbalan Menteri […]
Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa sebagai penanda aras keberkesanan program sekolah
KABONG: Pelaksanaan Program Dwi Bahasa (DLP) merupakan inisiatif penting dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja memahami konsep sains dan matematik Malah, program tersebut mampu berfikir secara kritis dan berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pelaksanaan Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa (UPDLP) Sarawak juga akan […]
Agensi kerajaan santuni masyarakat di pedalaman
LAWAS: Kerajaan Sarawak melalui pelbagai agensi kerajaan sentiasa turun padang menyantuni rakyat untuk melihat keperluan rakyat khusuanya di pedalaman. Justeru, rakyat juga perlu berkongsi maklumat dan masalah terutama dari segi kebajikan. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agon mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus mahu rakyat menyambut baik usaha kerajaan. […]
LEADS mampu kurangkan kadar buta huruf di pedalaman
LIMBANG: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Limbang berjaya mengurangkan kadar buta huruf di pedalaman melalui Pendidikan Literasi Kelas Untuk Kemahiran Dewasa (LEADS) di daerah ini. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata pembukaan kelas-kelas itu secara meluas ke pedalaman membantu golongan itu menguasai ilmu membaca, mengira dan menulis (3M) selain kemahiran lain. “Dianggarkan 100 […]
Sarawak mampu bina 17 jambatan kerana kebijaksanaan Premier
JULAU: Sarawak mampu membiayai sendiri pembinaan kesemua 17 projek jambatan di seluruh negeri ini hasil kebijaksanaan Premier Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kos pembinaan kesemua jambatan terbabit adalah sehingga RM6.3 bilion. “Dari mana datangnya duit ini? Dari kebijaksanaan Premier kita,” katanya. Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Jambatan Nanga Lasi […]
Sarawak guna duit sendiri bangunkan projek infra
JULAU: Pembiayaan projek infrastruktur di Sarawak kini sepenuhnya menggunakan hasil negeri berjumlah RM6 bilion setahun, tanpa bergantung kepada dana Kerajaan Persekutuan. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak mempunyai strategi sendiri untuk membiayai pembangunan dilaksanakan, menerapkan penggunaan teknologi, sains, dan kaedah ‘financial re-engineering’ untuk menjana pendapatan negeri. Beliau turut mengkritik […]
Program kecemerlangan SPM UNIMAS bantu pelajar buat persediaan
SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengadakan Program Permukiman Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Matang 2 di kampus UNIMAS di sini. Menurut kenyataan UNIMAS, program dijayakan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) UNIMAS itu mendapat kerjasama erat Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai. Program itu berhasil menyantuni […]
Mangsa kebakaran Kampung Tengah terus terima bantuan
SIMANGGANG: Tujuh keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tengah di sini menerima sumbangan derma kilat hasil kutipan awam. Kutipan berjumlah RM21,400 itu dikumpul selama enam hari kemudian diserahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seri Lemanak. Ketua Kaum Kampung Tengah, Kiffle Morni berkata, kutipan derma itu digerakkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sejak 29 […]
