UNIMAS, MOF lawat projek Komuniti @ UniMADANI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Kementerian Kewangan (MOF) melawat Program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti @ UniMADANI) di Kampung Baru, di sini, hari ini. Ia memberi peluang kepada wakil MOF meninjau kemajuan projek Komuniti @ UniMADANI: Waste to Wealth – Empowering Community Through Green Innovation yang diterajui oleh Pusat Kelestarian UNIMAS. Projek berasaskan […]

Dr Abdul Rahman sedia galas tugas Timbalan Presiden RISEAP

SEOUL: Timbalan Presiden Majlis Dakwah Islam Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) yang baharu, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersedia melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) bersedia membantu Premier Sarawak yang juga Presiden […]

Sarawak tawar peluang pendidikan kepada anak Islam Kepulauan Pasifik

SEOUL: Kerajaan Sarawak menawarkan bantuan kepada anak-anak Islam dari Kepulauan Pasifik untuk mendapatkan pendidikan dengan melanjutkan pelajaran di sekolah Islam antarabangsa di negeri ini. Premier Sarawak merangkap Presiden Majlis Dakwah Islam Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha Sarawak untuk membantu negara anggota lain […]

RISEAP platform kongsi ilmu rentas agama

SEOUL: Majlis Dakwah Islam Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) memainkan peranan sebagai platform perkongsian ilmu antara Muslim dan bukan Muslim. Premier Sarawak merangkap Presiden RISEAP, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting demi kebaikan sejagat, tidak hanya tertakluk kepada doktrin Islam semata-mata. Menurutnya, pendekatan itu membolehkan pelbagai agama saling melengkapi […]

Sarawak, New Zealand pertingkatkan kerjasama industri ternakan

NEW ZEALAND: Menyedari kepakaran New Zealand dalam pertanian dan ternakan, Sarawak bercadang memperluas kerjasama dengan negara berkenaan. Langkah itu bagi meningkatkan kemahiran pegawai veterinar serta memperkukuh industri ternakan lembu tempatan. Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, negeri ini merancang menghantar pegawai veterinar untuk menjalani latihan profesional […]

Sarawak bakal jadi Pusat Keilmuan Aeroangkasa di Borneo

KUCHING: Sarawak semakin menonjol sebagai pemain penting dalam pembangunan industri aeroangkasa Malaysia, khususnya melalui kerjasama strategik dengan Kolej Universiti i-Cats yang dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan sektor di Borneo. Ketua Pegawai Eksekutif NAICO Malaysia Profesor Dr Shamsul Kamar Abu Samah berkata, rancangan dan inisiatif yang dilaksanakan di Sarawak melalui i-Cats akan memberikan kesan signifikan kepada industri […]

Parti PBB Cawangan Ba’kelalan buat laporan polis individu fitnah kepimpinan Lawas

LAWAS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Ba’kelalan membuat laporan polis berhubung hantaran seorang individu atas nama Kam Agong Lawas Sarawak di laman Facebook. Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Ba’kelalan Donnie Erwan Baru membuat laporan polis terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, di sini, malam tadi. Turut sama ialah Matius Selutan, Stanley Dulamit […]

Bangunan asrama SK Sungai Antu terlalu usang, baiki segera

SARATOK: Bangunan Asrama SK Sungai Antu di sini kini tidak lagi sesuai didiami. Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri memohon supaya proses pembinaan semula disegerakan dan dilaksanakan sepenuhnya tanpa berfasa. “Struktur bangunannya sudah terlalu usang,” katanya mengulas mengenai bangunan asrama sekolah rendah terbabit di sini. Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu […]

FPBK UNIMAS buka ruang kolaboratif tawar kursus Bahasa Melayu

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan membuka ruang kolaboratif bersama institusi pengajian antarabangsa yang menawarkan kursus Bahasa Melayu. Profesor Adjung Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) UNIMAS, Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr Awang Sariyan berkata, ini melalui FPBK dan menzahirkan keyakinan tinggi UNIMAS melalui fakulti itu mampu muncul sebagai pusat kecemerlangan bahasa terunggul […]

Banteras isu dadah, substans antara isu sosial diberi keutamaan

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menyambut baik ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan substans di negeri ini. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, fokus tersebut selaras dengan salah satu daripada 13 isu sosial yang menjadi keutamaan KPWK, iaitu menangani penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang. “Kami […]