Hasidah sarankan lebih banyak program kesihatan komuniti dianjur

KUCHING: Program Fun Zumba PERKIM 2025 menarik kira-kira 400 peserta yang hadir bukan sahaja untuk bersenam, malah menjadikan aktiviti riadah itu sebagai platform memperkukuh gaya hidup sihat bersama keluarga dan komuniti. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan penyertaan ramai membuktikan masyarakat kini semakin […]

Mensyukuri keamanan negara – Ibrahim Baki

KUCHING: Lebih 100 peserta daripada pelbagai kaum dan peringkat umur memeriahkan Merdeka Fun Walk serta Larian Muda Hashim II di Satok sempena sambutan Hari Malaysia, di sini, hari ini. Acara santai itu melibatkan penyertaan wanita, lelaki, kanak-kanak dan golongan veteran, sekali gus mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di kawasan berkenaan. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad […]

Persatuan Disleksia perlukan bangunan baharu

KUCHING: Kesedaran masyarakat terhadap disleksia semakin meningkat apabila kanak-kanak yang menghadapinya kini berdepan cabaran pembelajaran, yang kini bukan lagi dianggap bermasalah disiplin. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tanda seperti kesukaran membaca, mengeja, kekeliruan huruf serta tumpuan singkat sering disalah tafsir sebagai salah laku, sedangkan mereka memerlukan intervensi khusus. […]

Isu tanah dikenal pasti punca projek jalan raya berkembar Jambatan Kemena -Lapangan Terbang Bintulu lewat

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mendedahkan isu tanah menjadi punca kelewatan projek jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu. Beliau menegaskan masalah itu perlu diselesaikan segera bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual. “Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sedang mempercepatkan urusan berkaitan pemilikan tanah. Kelewatan bukan berpunca daripada kekurangan […]

Kejadian luar negara harus dijadi iktibar

BINTULU: Masyarakat diingat agar tidak membiarkan perbezaan kecil kerana ia menjadi punca perpecahan yang akhirnya melemahkan suara politik komuniti Vaie. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, kepimpinannya hanya kesinambungan legasi pemimpin terdahulu yang banyak berkorban. Menurutnya, pengalaman dari negara luar seharusnya dijadikan pengajaran kerana perpecahan menyebabkan kuasa politik sesuatu kaum tergadai. “Kalau […]

Pembukaan laluan perdagangan Tebedu-Entikong pacu ekonomi serantau

KUCHING: Persetujuan Kerajaan Republik Indonesia untuk membuka laluan sempadan Tebedu-Entikong bagi tujuan perdagangan akan ekonomi serantau di Kepulauan Borneo. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, langkah itu menandakan kejayaan penting hasil pertemuan dua hala antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini. Katanya, persetujuan yang dicapai ini akan menjadi titik perdagangan penting yang menghubungkan […]

Stesen Pam Penggalak Tebelu perkukuhkan bekalan air terawat luar bandar

SEBUYAU: Stesen Pam Penggalak Tebelu di sini, yang sudah beroperasi, memperkukuhkan usaha Kerajaan Sarawak untuk membekal air bersih dan terawat di luar bandar. Stesen tersebut membabitkan kos pembinaan sebanyak RM36.7 juta. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek ini merupakan antara inisiatif penting kerajaan ke arah mencapai 100 peratus liputan bekalan […]

PPWS Daerah Lawas terima geran kerajaan RM10,000

LAWAS: Mini Festival Usahanita Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Lawas dirasmikan di Taman Awam Lawas, di sini, hari ini. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan festival itu. Pada majlis berkenaan Henry Sum turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 kepada PPWS Daerah Lawas […]

Sarawak bantu naik taraf Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia membantu menaik taraf Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kompleks tersebut perlu dinaik taraf mengambil kira lokasinya yang strategik di laluan projek-projek pembangunan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Beliau berkata, ini termasuk pembesaran jalan raya, pemasangan lampu isyarat digital dan […]

Ancaman LNG Bintulu: Sarawak tingkatkan keselamatan sekuriti

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah berwaspada susulan ancaman terhadap fasiliti LNG atau gas asli cecair di Bintulu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan bekerjasama denga polis dan juga agensi keselamatan untuk meningkatkan langkah keselamatan. “Kerajaan akan meningkatkan keselamatan sekuriti termasuk pangkalan tentera laut, batalion baharu tentera serta […]