Tuntutan kerusi Parlimen masih dibincang

KUCHING: Perbincangan mengenai tuntutan Kerajaan Sarawak dan Sabah untuk mendapatkan satu pertiga kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih diteruskan. Timbalan Menteri Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Kerajaan Pusat dan Negeri, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, belum ada keputusan akhir dibuat setakat ini. Perbincangan mengenainya dengan Kerajaan Persekutuan masih diteruskan, katanya menjawab […]

Sarawak perlu tambahkan PUSPEN, tampung kapasiti rawatan, pemulihan

KUCHING: Sarawak perlu menambah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) bagi menampung kapasiti rawatan dan pemulihan bagi masalah penagihan dadah. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Ricky @ Mohammad Razi Sitam memberitahu, cadangan ini adalah perlu memandangkan Sarawak hanya memiliki sebuah PUSPEN pada masa ini yang terletak di Puncak Borneo. Ia hanya mampu […]

MEITD komited pastikan pendidikan tinggi relevan dengan industri

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) komited untuk memastikan kokurikulum pendidikan tinggi di negeri ini kekal relevan dengan keperluan industri, adaptif dan bersedia menghadapi masa depan selaras aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Timbalan Menterinya, Datuk Francis Harden Hollis berkata, MEITD secara langsung menyokong aspirasi PCDS 2030 dalam membangunkan tenaga kerja […]

Jalan utama di Lingga alami hakisan sungai, pantai

KUCHING: Kerajaan Sarawak dipohon memberikan perhatian dan membantu menangani masalah jalan utama yang mengalami hakisan sungai dan pantai di Lingga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, antaranya jalan utama dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga sepanjang 31.3 kilometer (km) yang berbahaya kerana semakin terhakis akibat arus deras Sungai […]

510 syarikat dilulus sebagai ‘Deemed to be a Native’ sehingga April 2025

KUCHING: Sebanyak 510 syarikat diluluskan dan diwartakan sebagai “Deemed To Be A Native” di bawah Seksyen 9(1)(d) Kanun Tanah Sarawak setakat 30 April lalu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, syarikat yang diwartakan itu dibenar melaksanakan urus niaga tanah yang berstatus Native Area Land mengikut peruntukan […]

Kerajaan Sarawak terus kongsikan rezeki dengan rakyat

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus berkongsi rezeki kepada rakyat negeri ini, selaras dasar keterangkuman digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri sentiasa ikhlas membantu rakyat di wilayah ini, tanpa mengira latar belakang. Jelas beliau, dengan pertambahan kewangan Sarawak, segala jenis […]

Cadangan perkenalkan undang-undang tangani kenderaan berat keluar masuk tapak binaan

KUCHING: Sarawak dicadang agar mengubal undang-undang untuk menangani isu kenderaan berat keluar masuk ke tapak binaan sehingga mengotorkan jalan-jalan sekitar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tupong yang juga Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, isu ini berlaku di kawasan DUN Tupong yang menyaksikan pembangunan rancak dengan tapak-tapak binaan kawasan perumahan […]

Projek RADDA tingkat sektor pelancongan – Royston

KUCHING: Pembangunan projek di bawah Agensi Pembangunan Rejang Delta (RADDA) yang menumpukan kawasan pantai Mukah akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan memberi manfaat dalam menjana ekonomi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tellian, Royston Valentine berkata, di samping itu ia akan meningkatkan taraf hidup penduduk, memperbaiki infrastruktur dan memelihara budaya tempatan secara langsung. Antara projek […]

Elak projek sakit, tindakan tegas terhadap kontraktor gagal

KUCHING: Seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya kontraktor yang gagal melaksanakan projek pembangunan yang ditawarkan kepada mereka dikenakan tindakan sewajarnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tellian, Royston Valentine berkata, tindakan tegas perlu agar tiada lagi projek sakit sehingga projek terbengkalai oleh sikap sambil lewa golongan ini Menurutnya, tahun demi tahun, pelbagai projek dilaksana di bawah […]