Mahkamah Bumiputera distruktur semula

KUCHING: Sarawak bakal menyaksikan perubahan besar dalam sistem perundangan adatnya apabila Mahkamah Bumiputera distruktur semula secara menyeluruh, termasuk pelantikan majistret dan hakim bertauliah untuk mengendalikan kes. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata, langkah ini adalah antara komponen utama yang digariskan dalam Pelan Induk Transformasi Mahkamah Bumiputera […]

Pendidikan tertinggi percuma mampu bantu kurangkan beban pelajar

KUCHING: Langkah proaktif Kerajaan Sarawak dalam menyediakan pendidikan tinggi secara percuma kepada anak-anak negeri ini disifatkan sebagai usaha strategik. Ia bagi melahirkan tenaga kerja mahir tanpa membebani graduan dengan hutang selepas tamat pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee berkata, dasar ini bukan sahaja membuka akses pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan, […]

RM15,000 geran permulaan perniagaan bantu belia bumiputera

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 untuk belia bumiputera tempatan tahun ini. Menurut kenyataan media SME Corp. Malaysia, geran itu untuk menggalakkan belia menceburi bidang keusahawanan disediakan menerusi pihaknya dan melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 11. Majlis Peluncuran Program TUBE 11 Peringkat Wilayah Sarawak dan penyampaian […]

MINTRED rancang bina Anjung Usahawan Balingian

KUCHING: Anjung Usahawan Balingian dirancang dibina bagi kemudahan usahawan di kawasan tersebut. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, pihaknya dimaklumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) mempunyai perancangan untuk membina anjung terbabit. “MINTRED mempunyai perancangan untuk membina Anjung Usahawan Balingian yang mana proses pengambil alihan tanah tapak projek […]

Pekan Kanowit perlu dewan masyarakat, pusat ekonomi

KUCHING: Kerajaan Sarawak diharap mempertimbangkan cadangan membina dewan masyarakat dan mewujudkan Pusat Ekonomi Kanowit (KEC) di Pekan Kanowit. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS- Machan, Allan Siden Gramong berkata, dewan masyarakat amat diperlukan untuk penduduk mengadakan aktiviti sukan, majlis keramaian, mesyuarat dan sebagainya. “Walaupun Kanowit mempunyai Dewan Pejabat Daerah, tetapi dewan tersebut sentiasa digunakan oleh […]

Deklarasi bersama: Petronas dikecuali lesen pengoperasian di Sarawak, perlu mohon pada MUT

KUCHING: Komitmen perundangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak kini dimeterai secara rasmi melalui satu deklarasi yang dijangka kekal sah tanpa mengira perubahan tampuk kepimpinan negara pada masa depan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Deklarasi Bersama yang ditandatangani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu perjanjian […]

Sarawak perketat kawal selia industri gas, 551 lesen dikeluar

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperketatkan kawal selia industri gas dengan mengeluarkan 551 lesen sejak pindaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 dikuatkuasakan 2023. Timbalan Menteri Utiliti Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Dato Ibrahim Baki berkata, sebanyak 14 lesen diberikan kepada sektor huluan manakala 537 (hiliran). “Dalam tempoh sama, 10 notis ketidakpatuhan turut dikeluarkan […]

Arkib Sarawak rancak dibina antara tercanggih, simpan dokumen penting MA63

KUCHING: Penggunaan teknologi digital kini memainkan peranan penting dalam memperkasa masyarakat luar bandar Sarawak agar tidak tercicir dalam arus kepesatan ilmu pengetahuan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan digital menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses dan menarik kepada masyarakat, khususnya di pedalaman yang belum boleh membaca. “Jika tiada buku, kita […]

Menunggu Perdana Menteri dari Borneo

WARTAWAN veteran yang juga bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk A Kadir Jasin, baru-baru ini membuat posting di facebooknya atas tajuk ‘Mencari Bakal Perdana Menteri’ dan mencabar warganet memikirkan sekurang-kurangnya 10 orang yang mereka rasa berpotensi menjadi perdana menteri dalam tempoh lima hingga 10 tahun mendatang. Beliau cuba menjalankan satu kajian awam, dan […]