151 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING: Seramai 151 individu dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung hari ini. Majlis pengurniaan tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya. Mendahului senarai penerima ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.1 Tanjong […]

Putrajaya heret bayaran interim selama 5 tahun

LATAR BELAKANG Berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditandatangani 62 tahun lalu, dan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, menetapkan peruntukan yang munasabah diberikan kepada Sarawak dan Sabah atas nama ‘pemberian khas’. Ia tertakluk kepada semakan setiap lima tahun sekali.  Bagaimanapun, banyak tahun bayaran itu tidak ditunai oleh Kerajaan Persekutuan. Bayaran pertama dibuat pada 1965 sebanyak […]

Penstrukturan semula organisasi SEB

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menjalani proses semakan dan penstrukturan semula organisasi sebagai sebahagian daripada usaha strategik memperkukuh dominasi negeri ini dalam sektor tenaga bertaraf global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan bahawa langkah ini diambil berikutan pengaruh Sarawak yang semakin berkembang dalam arena tenaga serantau. “Antara perubahan yang […]

Sarawak miliki autonomi penuh edar gas, tidak tertakluk Akta Bekalan Gas 1993

KUCHING: Sarawak kini memiliki autonomi penuh dalam pengedaran gas dan tidak lagi tertakluk kepada Akta Bekalan Gas 1993 serta Akta Pembangunan Petroleum 1974. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan bahawa perkara itu dimuktamadkan menerusi Deklarasi Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang mengiktiraf Ordinan Pengedaran Gas (DGO) 2016 sebagai […]

Ekonomi Sarawak catat pertumbuhan kukuh

KUCHING: Ekonomi Sarawak terus menunjukkan ketahanan dengan pertumbuhan kukuh yang disokong permintaan domestik serta pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik oleh kerajaan negeri. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ekonomi negeri berada pada landasan positif, diunjur berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tahun 2024, dipacu oleh semua subsektor […]

1,200,766 hektar tanah diukur secara perimeter

KUCHING: Sebahagian kawasan tanah di Gunung Poi yang dikenal pasti sebagai tanah hak adat Bumiputera (NCR) bakal dikeluar daripada status Hutan Simpan oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS). Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Beliau yang juga Menteri […]

DUN Sarawak: Penggubalan RUU bersifat menyeluruh – Premier

KUCHING: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) oleh Kerajaan Sarawak semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi manfaat bukan memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 antaranya akan memastikan RUU tersebut lebih tersusun dari sudut pemberian amanah tanah. “Ini tidak semestinya […]

Rumah Terbuka Gawai Dayak 1 Jun, Program Niti Daun 21 Jun

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat delegasi Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Premier Sarawak menghadiri beberapa acara utama sempena sambutan Gawai Dayak […]

‘Op Lancar’ sempena Gawai tumpu kawasan kerap kemalangan

KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak akan mengadakan ‘Op Lancar’ sempena sambutan perayaan Gawai Dayak bermula 30 Mei sehingga 4 Jun ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, ini khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan operasi ini akan melibatkan semua daerah di Sarawak. “Lebih kurang 350 pegawai dan anggota JSPT Kontinjen Sarawak akan terlibat,”katanya […]

Tiga IPT milik Sarawak bakal tawar kursus percuma mulai 2026

KUCHING: Mulai tahun 2026, kira-kira 82 peratus program pengajian di tiga institusi pengajian tinggi (IPT) milik penuh Kerajaan Sarawak bakal ditawar secara percuma menerusi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES). Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, langkah itu dilaksanakan secara bersasar bagi memastikan pelajar menyertai bidang pengajian yang […]