Tuntutan Sarawak, Sabah terhadap royalti minyak dan kerusi Parlimen dibincang

KUALA LUMPUR: Tuntutan Sarawak dan Sabah mengenai pemberian khas, sempadan laut dan bayaran royalti minyak, setem serta satu pertiga kerusi Parlimen telah dibincang September lalu. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ini telah dibincang dalam mesyuarat MajlisTindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusi Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 dipengerusi […]

Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak mulai 9-10 November

KUCHING: Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak dan Permukiman Komuniti MADANI Sarawak 2024 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC), di sini mulai 9 hingga 10 November ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, karnival bertujuanmerapatkan perpaduan dan persefahaman selain merapatkan jurang maklumat dalam […]

Perluaskan peranan Jabatan Pendidikan Sarawak – Henry

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan memperluaskan peranan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN) dalam mempercepatkan proses pengambilan guru baharu dan pengisian jawatan kosong. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, di Lawas dari segi tenaga pengajar terdapat 74 kekosongan jawatan guru dan kebelakangan ini terdapat dua kekosongan […]

Kepimpinan KJM bantu kukuhkan masyarakat bandar raya

KUCHING: Komuniti Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berfikir secara kreatif dalam memainkan peranan penting mereka. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini termasuk peranan mengukuhkan masyarakat di bandar raya ini. “Kita perlu berfikir secara kreatif untuk memastikan kepimpinan dalam KJM dapat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan masyarakat,” […]

617 graduan terima ijazah sidang pertama Konvokesyen Ke-28 UNIMAS

KOTA SAMARAHAN: Majlis Konvokesyen Ke-28 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), Kampus UNIMAS di sini, bermula hari ini. Menurut kenyataan media UNIMAS, perasmian dan sidang pertama konvokesyen terbabit disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Canselor UNIMAS. Pada sidang pertama itu […]

UNIMAS lubuk ampuh bangunkan negara

KOTA SAMARAHAN: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mahu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi rakan strategik Kerajaan Sarawak dalam usaha membangunkan negeri ini selaras dengan dasar-dasar yang dirancang. Beliau yang juga Cancelor UNIMAS berkata, dengan adanya program-program yang memenuhi keperluan industri masa kini dan memperkasakan keusahawanan, UNIMAS dapat memainkan peranan […]

Perkhidmatan Awam Sarawak hantar delegasi ke Sri Lanka, Jepun

KUCHING: Perkhidmatan Awam Sarawak akan menghantar delegasi ke Konvensyen Antarabangsa Mengenai Kawalan Kualiti (ICQCC) 2024 di Colombo, Sri Lanka mulai 11 hingga 14 November ini. ICQCC 2024 ialah acara tahunan yang mengumpulkan pengamal inovasi dari seluruh dunia untuk bersaing dan berkongsi idea, pengalaman serta kepakaran dalam usaha meningkatkan produktiviti. Delegasi terbabit disertai seramai 35 pegawai dan […]

Jambatan Titian Perpaduan tarikan baharu pelancong

MIRI: Jambatan Titian Perpaduan terletak di Taman Bulatan Miri bukan sahaja menjadi tarikan baharu pelancong di bandar raya peraginan, malah sebagai simbol perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini. Mercu tanda ikonik itu dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini. Direka menggunakan buluh tradisional yang biasa dilihat di […]

Tanaman halia miliki potensi tinggi

BETONG: Tanaman halia berpotensi untuk dieksport ke luar negara hingga ke negara Eropah, Amerika Syarikat dan China. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia amat sesuai untuk tujuan komersial dan eksport kerana memiliki banyak manfaat yang digunakan dalam produk kosmetik dan farmaseutikal. Jelas beliau, setakat ini Malaysia hanya mampu mengeksport beberapa […]