PCDS 2030 pelan tindakan Sarawak ke arah kemampanan

KUCHING: Sarawak kini teguh meletakkan dirinya sebagai peneraju global dalam kemampanan dan komited memajukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teras visi ini ialah dedikasi Kerajaan Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar yang membentuk tonggak asas Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030). Katanya, PCDS 2030 […]

Anggota APM, ATM bantu bersihkan rumah panjang terjejas banjir

KRIAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok membantu membersihkan Rumah Ason, Tembawai Kapok Awik yang terjejas banjir, di sini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata seramai 13 anggota bergotong-royong bersama 10 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghulurkan bantuan. “Gotong-royong hari ini melibatkan kerja-kerja mencuci perabot dan lantai kediaman […]

Kadar bantuan mangsa bencana dinaik

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju menaikkan kadar bantuan bencana yang diagih melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat bencana alam. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan itu diberi sebagai sokongan kewangan bagi membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian dan memenuhi keperluan asas bagi mempercepatkan […]

Tenaga kerja inovatif pacu ekonomi Sarawak

KUCHING: Sarawak mahu menggerakkan ekonominya terus maju ke tahap yang lebih tinggi dengan memanfaatkan tenaga kerja inovatif. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, usaha ini memerlukan pembangunan tenaga kerja selaras dengan perubahan teknologi dan keperluan global. Hanya melalui penghasilan produk bernilai tinggi dan pemerkasaan inovasi, Sarawak mampu meningkatkan taraf hidup […]

Beberapa tempat diwarta tapak Bazar Ramadan

DARO: Jawatankuasa Bazaar Ramadan Majlis Daerah Matu Dan Daro (MDMD) menetapkan beberapa kawasan yang telah diwartakan sebagai Tapak Bazar Ramadan 2025. Jawatankuasa itu menerusi kenyataannya memberitahu, bagi Daerah Matu termasuk Daerah Kecil Igan – Tapak Matu Night Market, Tapak Perniagaan Pantai Kuala Matu dan Kawasan Lapang bagi di Igan. Bagi Daerah Daro – Tapak Daro […]

Kursus Modul Integriti Kepimpinan tingkat kecekapan KMKK

BALINGIAN: Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) menjadi elemen penting dalam meningkatkan kecekapan dan integriti Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di seluruh Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya berkata, kursus ini bertujuan memperkasa kemahiran KMKK sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. “Usaha […]

STIU terima sijil MBEF

KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak menerima pengiktirafan Pencapai Amalan Baik di bawah pensijilan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF). Sijil ini mencerminkan usaha STIU dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam, meningkatkan produktiviti dan daya saing Kerajaan Sarawak melalui inisiatif transformasi serta inovasi. Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Zahid Ismail menyampaikan […]

1,400 perwakilan dari 14 cawangan hadiri Mesyuarat Perwakilan Zon Betong

BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Betong sudah bersedia untuk mengadakan Mersyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong pada Sabtu ini. Beliau berkata, mesyuarat perwakilan yang akan dihadiri 1,400 perwakilan dan pemerhati daripada 14 cawangan Parti PBB itu akan diadakan di Dewan Stephen Kalong Ningkan di sini. Yang di-Pertua […]

Festival SUITEC25 mulai 21-23 Februari di Mydin

KUCHING: Sarawak akan menganjurkan Festival Ekspo Umrah dan Pelancongan Islamik Sarawak 2025 (SUITEC25) sebagai inisiatif untuk mempromosikan pelancongan Islam, termasuk pakej Umrah dan Haji yang sah dan berlesen. Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzan, SUITEC25 menyediakan maklumat lengkap dan pakej dengan harga kompetitif daripada agensi yang […]