Tiga kawasan pilihan Pra Penilaian SDGp

KUCHING: Pra Penilaian Sarawak Delta Aspiring UNESCO Global Geopark (SDGp) di kawasan Bau, Kuching dan Santubong diadakan pada 5 hingga 7 Mei lalu. Ini sebagai langkah Sarawak mencapai pengiktirafan geopark global oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Audit percubaan selama tiga hari ini dikendalikan pasukan pakar diketuai Naib Presiden Global Geoparks Network […]

Cawangan pertama Universiti Fudan di Sarawak, pemangkin kemajuan perubatan

MIRI: Penubuhan Institut Perubatan Integratif Fudan, cawangan pertama Universiti Fudan di Sarawak, dijangka menjadi pemangkin kepada kemajuan bidang pendidikan dan perubatan di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, inisiatif tersebut membawa pendekatan baharu dengan menggabungkan perubatan moden dan tradisional menerusi konsep perubatan integratif. “Langkah ini bukan sahaja memperkukuh sistem […]

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak 18 Mei ini

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menganjurkan perhimpunan khas sempena Hari Pekerja Peringkat Negeri pada 18 Mei ini di Hikmah Exchange, di sini. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, perhimpunan julung kalinya diadakan di peringkat negeri itu bertujuan meraikan sumbangan pekerja pelbagai sektor di Sarawak. Ujarnya, walaupun kebiasaannya […]

Sarawak belajar dari Australia bangunkan pusat sukan prestasi tinggi

CANBERRA: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama delegasi kerajaan negeri meneruskan lawatan kerja rasmi ke Australia dengan melawat Institut Sukan Australia (AIS) di Canberra hari ini. Lawatan tersebut sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk merealisasikan penubuhan Pusat Prestasi Tinggi (HPC) di Kompleks Sukan Petra Jaya. Turut serta […]

Sarawak-Perancis wujudkan kerjasama strategik dalam teknologi pengurusan sisa makanan

PARIS: Sarawak dan Perancis mewujudkan kerjasama strategik serta kewangan bagi memperluaskan penggunaan teknologi pengurusan sisa makanan WASTENOT ke pasaran utama. Kerjasama strategik itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat dari Sarawak, Wireco Sdn. Bhd. dan Blumorpho dari Perancis pada Selasa. Pemeteraian MoU disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa lawatan […]

Sokongan Sarawak terhadap pembangunan teknologi automotif hijau berterusan

SERDANG: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abg Hipni menghadiri majlis pelancaran Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS, di sini, hari ini. Menurut kenyataan media Pejabat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Malaysia Autoshow 2025 menampilkan inovasi terkini dalam industri automotif. Ini termasuk kenderaan Hidrogen FCEV kenderaan elektrik bateri (BEV), […]

Regata Kalaka kemuncak Pesta Saratok

SARATOK: Acara perlumbaan perahu bagi merebut gelaran Raja Sungai Regata Kalaka akan menjadi kemuncak Pesta Saratok 2025,di sini mulai 11 hingga 13 Julai depan. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka menyaksikan perlumbaan perahu tersebut pada 13 Julai ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sebanyak 21 acara […]

Kerajaan Sarawak bantu golongan sasar, 21,604 terima bantuan bulanan

SIBU: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat Sarawak (JKMS) sentiasa berusaha menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada golongan sasar atau klien yang berkelayakan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, setakat April tahun ini, JKMS menyalurkan bantuan berjumlah lebih kurang RM51 juta kepada 21,604 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak. “Bantuan […]

TotalEnergies bantu projek CCUS

PARIS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai rombongan pegawai tertinggi Sarawak, hari ini mengadakan sesi perbincangan dengan pegawai ekskutif TotalEnergies di ibu pejabat globalnya di sini. Perbincangan itu mencerminkan komitmen bersungguh-sungguh Kerajaan Sarawak dalam sesi libat urus dengan pemimpin industri di peringkat antarabangsa dalam membangunkan tenaga diperbaharui dan pelaburan mampan. […]