Mangsa kebakaran Kampung Belawai terima sumbangan

TANJUNG MANIS: Prihatin dengan nasib mangsa kebakaran di Kampung Belawai, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab menghulurkan bantuan awal, semalam. Beliau yang ketika kejadian dalam perjalanan ke lapangan terbang Tanjung Manis untuk ke Kuching selepas selesai menghadiri beberapa program di kawasannya sejak beberapa hari lalu. Susulan itu, Yusuf terpaksa menangguhkan perjalanan sebelum kembali bergegas […]

Penguasaan bahasa Inggeris jadikan pelajar lebih berdaya saing

KUCHING: Penguasaan bahasa Inggeris penting kepada pelajar yang akan berada dalam pasaran kerja tempatan mahupun antarabangsa. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana bahasa Inggeris memberikan akses kepada pelbagai sumber di internet dan memudahkan pemerolehan pengetahuan. “Dalam jangka panjang, ini memastikan pelajar lebih berdaya saing dalam […]

Projek baik pulih jalan utama, lorong kampung dilaksana tahun depan

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak meluluskan projek baik pulih jalan utama dan jalan lorong kampung dengan peruntukan berjumlah RM43.4 juta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memaklumkan permohonan projek terbabit sudah diluluskan dalam mesyuarat baru-baru ini. “Kerja projek membaik pulih terbabit […]

Mangsa kebakaran Kampung Baru Tatau terima bantuan

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIB) Bintulu menyerahkan bantuan wang tunai kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Baru Tatau dekat sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee bersama pegawai tadbir Daerah Tatau, Raden Azamry Raden Perhan menyerahkan bantuan kewangan berkenaan kepada mangsa kebakaran. Iskandar yang juga pengerusi LAKIB berharap […]

OCI Holdings tingkat pelaburan

SEOUL, Korea Selatan: Pengerusi OCI Holdings, Lee Woo Hyun komited untuk terus meningkatkan pengeluaran polisilikon untuk kegunaan photovoltaik di Sarawak dengan potensi pelaburan bernilai RM3.1 bilion. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengembangan syarikat itu dijangka mewujudkan 400 peluang pekerjaan. Beliau berkata demikian dalam kenyataan semasa mengetuai rombangan dari Sarawak mengadakan […]

Sarawak cadang bina dua insinerator teknologi Sweden lupuskan sisa pepejal

KUCHING: Kerajaan merancang membina dua insinerator sebagai tempat pelupusan sisa buangan bagi mewujud kawasan bandar kelestarian alam sekitar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebuah daripadanya akan dibina di selatan dan sebuah lagi di kawasan tengah negeri ini. “Kawasan selatan meliputi Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong, manakala […]

Sarawak rekod 90 titik panas pada Julai

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyasarkan sifar kebakaran besar di bahagian Miri susulan cuaca panas dan kering pada masa ini. Pengerusi JPBNS yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada 152 titik panas yang dikesan di Sarawak dari 1 Januari hingga 30 Julai lalu, 42 daripadanya adalah dari bahagian […]

Yang di-Pertua Dewan Negara terima kunjungan Speaker DUN Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Bangunan Parlimen Malaysia. Kunjungan hormat yang diketuai Asfia tersebut terdiri daripada enam delegasi adalah sebagai kunjungan hormat kepada […]

Rombongan Sarawak lawat KH Shinhwa Korea

SEOUL: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan mesyuarat dengan KH Shinhwa di Seoul, Korea Selatan semalam. Shane Kang dari KH Shinhwa SnC menyatakan minat untuk menerokai peluang kolaborasi dan pelaburan dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam projek peningkatan keselamatan tenaga termasuk pelaburan dalam teknologi baharu dan penyelesaian […]

LOTTE tingkat pelaburan di Sarawak – Awang Tengah

SEOUL: LOTTE Energy Materials di Seoul, Korea Selatan, merancang meningkatkan pelaburannya di Sarawak yang dianggarkan bernilai RM1.2 bilion. Naib Presiden Kanannya, Park Ingoo berkata, syarikat terbabit turut merancang potensi tambahan pelaburan semula sebanyak RM2.5 bilion. Park memberitahu demikian kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan mesyuarat […]