Sarawak terokai kerjasama dua hala infrastrukur pengurusan air

SINGAPURA: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi yang memulakan lawatan kerja rasminya ke Singapura hari ini memfokuskan kepada kerjasama dua hala kelestarian infrastrukur dalam pengurusan air dan kemajuan teknologi utiliti. ​Julaihi yang tiba di Singapura semalam, memulakan lawatan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kelestarian Alam Sekitar dan Menteri Yang Bertanggungjawab Hubungan […]

Industri Sarawak perlu beralih kepada proses pengeluaran berteraskan ekonomi hijau

KUCHING: Industri di Sarawak perlu beralih kepada proses pengeluaran hijau secara menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada penggunaan tenaga hijau jika mahu menghasilkan produk yang memenuhi piawaian kelestarian global. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, transformasi tersebut melibatkan keseluruhan rantaian pengeluaran termasuk penggunaan bahan mentah, teknologi serta proses pembuatan yang […]

Anak Sarawak di luar negara bantu agenda pembangunan

BUDAPEST (Hungary): Anak-anak Sarawak yang berada di luar negara berperanan penting dalam menyokong proses pembangunan di Sarawak melalui ilmu pengetahuan, kepakaran dan pendedahan yang dimiliki. Timbalan Premier Sarawak, Daruk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika berucap pada majlis perhimpunan Anak Sarawak di Hungary anjuran Kedutaan Malaysia di Budapest berkata, Kerajaan Sarawak menghargai sumbangan anak Sarawak […]

Pihak berkuasa penerbangan perlu beri layanan adil pada AirBorneo

KUCHING: Sarawak mahu semua syarikat penerbangan beroperasi di negara ini termasuk AirBorneo perlu diberi layanan adil dan seimbang oleh pihak berkuasa penerbangan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana syarikat yang sedang berkembang seperti AirBorneo dapat terus membina […]

99 kontinjen sertai perarakan ‘Niti Daun’ Sabtu ini

KUCHING: Sebanyak 99 kontinjen termasuk Sabah akan menyertai perarakan kebudayaan “Niti Daun” sempena sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2026 pada 20 Jun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain “Niti Daun”, sambutan tahun ini padat dengan pelbagai aktiviti termasuk majlis makan malam pada Ahad. “Perarakan akan berlangsung di sepanjang laluan ikonik […]

Jambatan Batang Lupar 1 harta orang Sarawak, jaga kebersihan – Uggah

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta orang ramai yang menggunakan Jambatan Batang Lupar 1 agar menjaga kemudahan itu dengan baik. “Jambatan itu adalah harta orang Sarawak yang perlu dijaga dengan baik supaya boleh terus menjadi kebanggaan pada masa depan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pihak yang berniaga di atas jambatan […]

Pengurusan masjid, surau perlu seiring perkembangan teknologi baharu, AI

KUCHING: Penduduk Kampung Sungai Bedil Besar dan kawasan sekitarnya kini memiliki sebuah surau baharu yang lebih luas dan selesa. Bangunan baharu surau tersebut dibina di atas kawasan seluas 818.5 meter persegi, membabitkan kos sebanyak RM2.6 juta. Surau itu siap sepenuhnya pada Disember 2024 dan tertangguh susulan pandemik Covid-19. Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof […]

Kembali fokus rutin harian, maju kehadapan selepas Gawai

DALAT: Adat Ngiling Bidai masyarakat Iban sebagai simbolik berakhirnya musim Gawai dan mereka diharap kembali menjalani rutin harian dengan azam baharu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata masyarakat itu juga perlu kembali fokus maju ke hadapan demi masa depan keluarga. “Kini tiba masanya untuk terus maju, memperkukuh ekonomi keluarga, meningkatkan pendidikan anak-anak, […]

MILO Malaysia Breakfast Day 2026 tarik penyertaan 10,000 peserta Sarawak

KUCHING: Program MILO Malaysia Breakfast Day 2026 berjaya menghimpunkan sekitar 10,000 peserta daripada pelbagai latar belakang etnik di Sarawak. Aktiviti diadakan di pekarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), merupakan usaha penganjur memupuk amalan sarapan sihat dan gaya hidup aktif. Datuk Bandar Kuching Selatan , Datuk Wee Hong Seng berkata, program berkenaan bukan sekadar […]

Warisan Melayu Saribas, Kalaka dipentaskan, jadi tarikan penonton di Tebingan Kuching

KUCHING: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menganjurkan Program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional di Tebingan Kuching di sini, malam tadi. Menurut kenyataan AKYBMS, program pementasan oleh artis AKYBMS itu berjaya menarik perhatian ratusan penonton menerusi persembahan puisi Melayu tradisional yang digarap secara kreatif dengan elemen penceritaan dan […]