Premier umum hadiah istimewa buat rakyat Sarawak malam ini

SIBU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, membayangkan satu pengumuman khas yang disifatkan beliau sebagai hadiah istimewa untuk rakyat akan dibuat pada sambutan Hari Sarawak malam ini, susulan prestasi kewangan negeri yang terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan. Beliau berkata, pengumuman itu berkait rapat dengan kejayaan Sarawak menggandakan hasil negeri daripada RM7 bilion […]

Program Lundu Heart Day perkukuhkan perpaduan, budayakan penjagaan kesihatan

LUNDU: Sambutan Hari Sarawak di sini, diraikan dalam suasana penuh semangat apabila ratusan penduduk pelbagai kaum berhimpun menyertai Program Lundu Heart Day, hari ini. Aktiviti tersebut menggabungkan elemen kesihatan, perpaduan dan semangat cintakan Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, sambutan bertepatan dengan ulang tahun ke-10 Hari Sarawak diisytiharkan sebagai […]

Semangat perpaduan terserlah, 10,000 peserta sertai Sarawak Day Unity Walk

SIBU: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan agama membanjiri Dataran Tun Tuanku Bujang menyertai Sarawak Day Unity Walk 2026. Kehadiran peserta jelas mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi teras masyarakat di Sarawak, pagi tadi. Upacara pelepasan sekitar jam 7 pagi disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, turut […]

Hari Sarawak lambang perpaduan, kemajuan

KUCHING: Hari Sarawak menjadi simbol perpaduan dan iltizam rakyat dalam meneruskan pembangunan negeri yang aman, maju dan makmur. Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, semangat kebersamaan yang dipupuk sejak sekian lama menjadi asas kejayaan dan pembangunan Sarawak. “Hari Sarawak mengingatkan kita bahawa kemajuan yang dinikmati hari ini lahir daripada perpaduan, kesepakatan serta usaha […]

BIHAS platform kukuhkan kedudukan Borneo hab halal serantau

KUCHING: Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BIHAS) 2026 di sini menandakan permulaan perjalanan mengukuhkan perkongsian, pertukaran idea dan menggalakkan inovasi, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Menurutnya, kaedah itu bagi membina ekosistem halal yang berdaya tahan, mampan dan hubungan di peringkat antarabangsa. Beliau berkata, penyertaan yang menggalakkan bukan hanya mencerminkan minat mendalam […]

Sarawak pacu ekonomi halal berteraskan sains, inovasi

KUCHING: Sarawak terus memantapkan ekonomi halal dengan menjadikan sains, teknologi dan inovasi sebagai pemacu utama melahirkan produk berkualiti tinggi yang mampu bersaing di pentas dunia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ekonomi halal bukan lagi sekadar memenuhi keperluan umat Islam, sebaliknya perlu menjadi penyelesaian yang memberi manfaat kepada seluruh manusia. […]

Peranan penjawat awam Sarawak perlu beralih dari pelaksana ke pemacu pembangunan

KUCHING: Dengan semangat satu pasukan, integriti dan komitmen tinggi, Kerajaan Sarawak yakin anggota perkhidmatan awam mampu menghadapi transformasi pengdigitalan. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, langkah berkenaan terus memperkukuhkan peranan mereka sebagai pemacu utama pembangunan dalam masa lima tahun kedepan. Katanya, peranan anggota Perkhidmatan Awam Sarawak harus berubah, dari pelaksana kepada […]