Pertimbang lantik wakil PAVB dalam Majlis Konsultatif BDA
BINTULU: Persatuan Anaq Va’ie Bintulu (PAVB) mencadangkan pelantikan wakil mereka dalam Majlis Konsultatif Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Presiden PAVB, Pandi Suhaili berkata pihaknya berharap agar BDA dapat mempertimbangkan cadangan terbabit. “Pelantikan wakil PAVB dalam Majlis Konsultatif BDA supaya suara komuniti Va’ie dapat diambil kira dalam perancangan pembangunan setempat,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan […]
Usaha bersepadu basmikan kemiskinan di Dalat
DALAT: Usaha pembasmian kemiskinan di kawasan Dalat terus diperkasa melalui penganjuran Bengkel Menangani Isu Kemiskinan yang berlangsung di Kompleks Kebajikan Dalat baru-baru ini. Bengkel dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat. Ia menghimpunkan pelbagai agensi dan pemegang taruh termasuk Pejabat Residen, […]
Peruntukan RM700,000 bina pembangunan Infrastruktur Kampung Nauran
LIMBANG: Sejumlah RM700,000 diperuntukkan untuk dewan serba guna Kampung Nauran dan pembinaan parit konkrit. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu projek tersebut akan mula dibina pada tahun ini. Beliau menyatakan demikian pada Program Badudun(ziarah) Ramadan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota Bersama Pemimpin di Surau Al-Muqarrabin Kampung […]
TYT, Toh Puan tinjau keperluan Ramadan di Majma Mall
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa meninjau keperluan Ramadan di Majma Mall di sini hari ini. Tun Pehin Sri serta isteri tiba sekitar jam 1 petang dan disambut oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha […]
DBKU sediakan 108 tapak jualan Bazar Ramadan Satok
KUCHING: Sejumlah 108 tapak jualan membabitkan 82 jualan makanan, 22 jualan minuman dan empat jualan berpanggang disediakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Bazar Ramadan Satok pada tahun ini. Bazar Ramadan Satok itu beroperasi mulai hari ini hingga 20 Mac ini, menjual pelbagai jenis menu makanan dan minuman. Majlis perasmian Bazar Ramadan Satok disempurnakan Timbalan […]
Bazar Ramadan Stutong miliki tahap kebersihan tinggi
KUCHING: Bazar Ramadan Stutong merupakan antara bazar terbaik di bandar raya ini. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland berkata ini dari segi pengurusan, kepelbagaian juadah dan harganya berpatutan. Katanya, ini juga merangkumi tahap kebersihan yang tinggi melalui amalan menjaga kebersihan gerai, penggunaan peralatan bersih serta pengendalian makanan yang selamat. “Ini […]
Ziarah Tahun Baharu Cina semai semangat perpaduan kaum
LUNDU: Semangat keharmonian dan perpaduan kaum terus kekal di kawasan Tanjong Datu menerusi Program Ziarah Tahun Baharu Cina 2026 di sini. Kunjungan itu melibatkan lima kediaman tokoh-tokoh masyarakat Cina antaranya Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tanjong Datu, Goh Chin Seng, Pemanca Chin Kian Ming, Penghulu Khiew Nam Fa, Kapitan Bong Chai Chin dan Kapitan […]
Kekalkan semangat kebersamaan rakyat pelbagai kaum
SARATOK: Program pemberian limau mandarin kepada orang ramai sempena Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di Stesen Minyak Shell Saratok, di sini, hari ini. Program disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri bersama isteri, Norlida Sharkawi, Pegawai Daerah Saratok Mohammad Dino Amid serta Pemanca Lim Guan Ann. Mohamad Duri berkata, inisiatif seumpama itu bukan […]
Budaya kunjung mengunjung perkukuhkan kestabilan sosial
SPAOH: Amalan kunjung-mengunjung sempena perayaan utama pelbagai kaum merupakan tradisi tahunan yang menjadi asas keharmonian masyarakat Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sambutan perayaan bukan sahaja diraikan oleh sesuatu kaum, sebaliknya menjadi milik bersama seluruh rakyat Sarawak dan platform penting untuk memupuk semangat kekitaan. “Apabila ada perayaan sama ada Tahun Baharu […]
Sarawak rancang bina Pusat Prestasi Tinggi Sukan
KUCHING: Sarawak menyasarkan pembinaan sebuah Pusat Prestasi Tinggi Sukan di negeri ini dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang bagi memperkukuh pembangunan atlet berasaskan sains sukan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pusat berkenaan amat diperlukan bagi memastikan latihan atlet tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional […]
