Penduduk Sungai Asap nikmati jalur lebar berkelajuan tinggi

BELAGA: Sarawak Multimedia Authority (SMA) memperluaskan projek jalur lebar berkelajuan tinggi di Sungai Asap di sini. Projek merupakan pelengkap kepada inisiatif Perkampungan Digital Sungai Asap yang memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 penduduk di kawasan berkenaan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Sarawak, Datuk Liwan Lagang berkata, projek berharga sekurang-kurangnya RM37 juta itu melibatkan penggunaan 140 […]

Konvensyen GPS pertama 19 April depan, strategi PCDS 2030 agenda utama – Alexander

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal mengadakan Konvensyen GPS pada 19 April depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini. Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, konvensyen tersebut merupakan pertama kali diadakan selepas penubuhan GPS pada 2019. Sehubungan itu katanya, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengendalikan konvensyen tersebut yang akan disertai kesemua […]

2,000 ekor anak ikan dilepas di Sungai Paku

SPAOH: Komitmen Kerajaan Sarawak terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat luar bandar diterjemahkan menerusi penganjuran Program Pelepasan Anak Ikan Tengadak apabila 2,000 ekor anak ikan dilepaskan di Sungai Paku, Penom, Ulu Paku, dekat sini, semalam. Program yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Betong sebagai […]

Projek Tebingan bakal jadi mercu tanda baharu Saratok

SARATOK: Projek pembinaan Tebingan Saratok antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka di Pejabat Residen Bahagian Betong, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, mesyuarat berkenaan bertujuan meneliti status pelaksanaan keseluruhan projek pembangunan yang dalam […]

Wanita Parti PBB ikrar beri sokongan padu kepimpinan GPS

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan pendirian teguh untuk terus menyokong penuh kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mempertahankan hak-hak negeri serta menerajui Sarawak ke arah merealisasikan agenda dan aspirasi pembangunan jangka panjang. Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kepimpinan Premier Sarawak […]

Pemuda GPS siapsiaga turun padang, bantu menangi semua kerusi PRN-13

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bergerak bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) turun padang menjelaskan inisiatif-inisiatif kerajaan kepada rakyat. Pengerusi Pergerakan Pemuda GPS merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB, Datuk Martin Ben berkata, parti komponen itu membabitkan pergerakan pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak […]

ASSAR agih dividen interim 3 sen seunit

KUCHING: Kumpulan Syarikat Permodalan ASSAR yang mengurus Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen interim sebanyak tiga sen seunit bagi tahun kewangan 2026. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan pengagihan dividen interim itu berkata, pengagihan kali kelima pasca penstrukturan ASSAR yang berjumlah RM15.24 juta itu akan memberi […]

Penduduk Kampung Baru hasilkan sabun, lilin dari minyak masak terpakai

SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berharap produk dari minyak masak terpakai melalui projek Waste to Wealth di Kampung Baru di sini dapat dipasarkan ke kawasan sekitar. Timbalan Pengarah (Kelestarian) Pusat Kelestarian UNIMAS, Dr Mohd Farid Atan berkata, melalui projek itu penduduk kampung yang menjadi peserta didedahkan cara memanfaatkan minyak masak terpakai untuk menghasilkan produk baharu […]

Gerak kerja DUN Kalaka perlu diselaras hadapi tahun penting 2026

SARATOK: Pergerakan Wanita, Pemuda, Belia 1828 serta Kaum Bapa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi tunjang kepada kestabilan dan kekuatan parti. Ketua Cawangan Parti PBB Kalaka, Mohamad Duri berkata setiap sayap memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan parti dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar. Beliau berkata demikian ketika menghadiri perjumpaan bersama Pergerakan Wanita […]