Dr Maszlee puji pembangunan pendidikan Sarawak
KUCHING: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memuji komitmen dan kepimpinan Kerajaan Sarawak diterajui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ia berhubung memperkasa sistem pendidikan negeri itu menerusi peruntukan RM1 bilion bagi pembaikpulihan sekolah daif serta pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di semua sekolah negeri Sarawak. Menurut Dr Maszlee, beliau berpeluang bertemu […]
Pelaksanaan jalan bertingkat, jimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang
PADAWAN: Pelaksanaan pembinaan jalan raya bertingkat di kawasan tanah gambut mampu menjimatkan kos penyelenggaraan infrastruktur berkenaan bagi tempoh jangka panjang, meskipun memerlukan kos pembinaan awal yang lebih tinggi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan bahan geotekstil sebelum ini masih belum berupaya mengatasi sepenuhnya masalah mendapan tanah di kawasan gambut, […]
SEDC tunaikan CSR Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman
SIMANGGANG: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) memperkukuhkan peranan sosialnya apabila menyalurkan sumbangan peralatan dan keperluan asas kepada Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Abdul Kadir. Menurutnya, pelaksanaan CSR bukan sekadar bantuan material, sebaliknya manifestasi keprihatinan SEDC terhadap […]
FTES: Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan 4,693 pelajar
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menanggung kos pendidikan bagi 4,693 pelajar dari empat universiti milik kerajaan melalui Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) bermula sesi pembelajaran Februari atau Mac 2026. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semua pelajar terbabit mengikuti 64 kursus yang diluluskan di bawah skim tersebut. “Skim ini akan […]
Beli ikut keperluan jualan murah Rahmah Madani
LAWAS: Orang ramai diharap tidak membeli barangan sehingga melebihi keperluan diri bagi memberi peluang kepada orang lain semasa Program Jualan Rahmah Madani di sini. Exco Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Sarawak Steve Lius berkata, ia perlu supaya peluang itu dapat dimanfaat bersama semasa jualan murah itu. “Cuba elak membeli secara borong kerana kasihan juga […]
Lundu perlukan hospital baharu
LUNDU: Cadangan pembinaan hospital baharu di Lundu perlu bagi memenuhi keperluan kesihatan penduduk. ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, berkata hospital baharu itu sudah dirancang sejak era mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem. “Tapak berhampiran Lebuhraya Pan Borneo, di kawasan Centex telah dikenal pasti sebagai lokasi ideal. Projek ini pernah tertangguh sejak 2018 […]
Sarawak salurkan RM2,500 pada setiap Tabika KEMAS
KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan kira-kira RM2,500 bagi setiap Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ini sebagai sokongan berterusan bagi memastikan kemudahan prasekolah berada dalam keadaan baik dan kondusif. “Sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa dan […]
Sumber air pemangkin tenaga hidro, sumber pendapatan baharu Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membayangkan air sungai akan menjadi sumber pendapatan baharu bagi Sarawak. Beliau berkata, air yang kini menjadi komponen penting menghasilkan hidrogen dan tenaga hidro, boleh dirawat selain untuk kegunaan rakyat sendiri sekali gus boleh dijual kepada syarikat yang melabur di negeri ini. “Oleh itu, Kerajaan […]
Akses internet pantas mudahkan pembelajaran SK Nanga Gayau
DEBAK: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau di sini menikmati capaian internet berkelajuan tinggi melalui perkhidmatan Starlink VSAT, susulan usaha segera bagi meningkatkan pembelajaran digital di luar bandar. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata beliau telah memohon kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, supaya rangkaian gentian optik diperluaskan […]
Demi kesejahteraan rakyat, Sarawak setuju tanggung kos peralatan Pusat Kanser
KUCHING: Pembangunan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan menerima suntikan tambahan RM500 juta daripada kerajaan negeri untuk kelengkapan peralatannya, menjadikan kos projek keseluruhan kini mencecah RM1.5 bilion. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata, sebelum ini Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1 bilion untuk pembinaan hospital, dengan pembiayaan awal ditanggung Sarawak dan bayaran […]
