Piala Pickleball Gawea DUN Serembu tawar hadiah lumayan

KUCHING: Pertandingan sukan pickleball tertutup sempena perayaan Gawai Dayak “Piala Pickleball Gawea” julung kali diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu pada 15 Jun depan.

Acara akan berlangsung di Dewan Masyarakat Siniawan, Bau menawarkan hadiah sebanyak RM4,000 berserta piala dan pingat.

Pertandingan itu bakal disertai 12 pasukan terdiri dari kelab pickleball sekitar bahagian Kuching.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, acara terbabit
dianjurkan bersama Persatuan Pickleball Sarawak bagi mempromosikan sukan itu yang agak baharu di Sarawak dan boleh dimainkan tanpa mengira umur.

“Kalau umur 60 atau 70 tahunpun boleh bermain sukan ini,” katanya ketika memgadakan sidang media di DUN Sarawak di sini, hari ini.

Miro berkata sukan itu yang berkonsep gabungan permainan tenis dan ping-pong
menggunakan gelanggang badminton tetapi jaring lebih rendah serta dimainkan secara individu atau berpasangan.

“Mungkin suatu hari nanti sukan ini boleh dimasukkan ke dalam acara Sukan Malaysia (SUKMA) kerana sukan ini tidak sukar dimainkan,” katanya.