Month: March 2024

Tarik pelabur ke Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetengahkan tentang perlunya bersikap proaktif dalam menarik pelaburan terutama dalam bidang ekonomi baharu seperti hidrogen hijau, CCUS dan tenaga diperbaharui. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak mengetengahkan perkara itu semasa bermesyuarat dengan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), […]

PADU: Kementerian Ekonomi akan berbincang dengan Kerajaan Sarawak minggu depan

KUCHING: Kerajaan Sarawak dipercayai mempunyai alasan tersendiri untuk menghentikan proses pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri ini. Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, beliau yakin mesti ada sebab mengapa Kerajaan Sarawak mengambil keputusan tersebut. “Apa yang dilakukan sekarang adalah Kementerian Ekonomi akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kerajaan Sarawak minggu depan. “Kita belum […]

Lebih ramai disaran hulur sumbangan kepada YKN

KUCHING: Syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan disaran menyumbang kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, YKN ditubuhkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya yang melibatkan keluarga dan kanak-kanak. “Penglibatan para penyumbang melalui platform tanggungjawab sosial korporat dengan YKN membolehkan lebih ramai […]

Tidak ada draf perjanjian diberi – Fadillah

KUCHING: Tiada draf perjanjian baharu berkaitan tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang diserah oleh Kerajaan Mahdani kepada parti itu seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN). Demikian tegas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof sambil menambah, beliau tidak menyerahkan sebarang draf dokumen seperti didakwa semasa pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin. “Draf ini turut […]

RM2.2 juta projek infrastruktur pertanian DUN Kalaka sudah bermula

SARATOK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dianggarkan memperuntukan lebih RM60 juta bagi infrastruktur pertanian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, setakat ini sebanyak RM2.2 juta projek infrastruktur pertanian terbabit sudah bermula dan banyak lagi bakal menyusul. “Saya kira dalam lingkungan satu pertiga atau lebih RM60 juta […]

Daftarkan kanak-kanak di rumah kebajikan sebagai warganegara

KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa memberikan keistimewaan untuk mendaftarkan kanak-kanak sebagai warganegara yang berada di rumah kebajikan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, ia perlu diberikan bagi memastikan hak mereka terpelihara. “Ia susulan masih ramai lagi kanak-kanak dan bayi di rumah kebajikan mempunyai status tiada taraf kewarganegaraan manakala […]

Projek kabel bawah tanah siap Jun depan, manfaatkan 70,000 penduduk

ASAJAYA: Projek kabel bawah tanah bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di kawasan Asajaya dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun ini. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, projek berkenaan akan memanfaatkan seramai 70,000 penduduk di Asajaya termasuk Sadong Jaya dan Sebuyau. “Memandangkan sambutan Hari Raya tahun ini lebih awal dari tarikh […]

Program kesedaran kebersihan, kesihatan manfaatkan penduduk Rh Kanyan Banta

SONG: Seramai 47 keluarga terbabit Program Kesedaran Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan Penduduk di Rumah Kanyan Banta, Sungai Lajan, di sini. Program anjuran Majlis Daerah Kapit (MDK) selama dua hari dan antara aktivitinya ialah demonstrasi memadamkan api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Song dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Song. Menteri Kerja Raya yang juga […]

MAKSAK Sarawak agih bubur pedas, sumbangan Ramadan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 pek bubur pedas diagih kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selain jemputan dan orang awam pada Program Agihan Bopedas Dan Penyampaian Sumbangan Ikhlas MAKSAK Sarawak sempena Ramadan 2024 di Yayasan Sarawak di sini. Program disempurnakan isteri Premier Sarawak merangkap Penasihat Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaán Sarawak (MAKSAK) Wanita Sarawak, Puan […]