Month: May 2024

Salurkan aduan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak – Iskandar Turkee

BINTULU: Masalah bekalan air dan isu pembangunan lain di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah disuarakan kepada persidangan DUN Sarawak baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini selepas beliau menerima maklumat daripada pemimpin seperti pemanca, penghulu dan ketua kampung. “Kita tidak membawa masalah ini dengan bercakap di kedai kopi sebaliknya […]

RM100 juta untuk Sarawak, Sabah dan Labuan kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan

SIBU: Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan kerja-kerja penyenggaraan Kontraktor G1 hingga G4 di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia berjumlah RM300 juta melalui Belanjawan 2024. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk Semenanjung bagi sebanyak 336 kerja penyenggaraan terbabit. “Manakala RM100 juta diperuntukkan untuk Sarawak, Sabah […]

Waspada, elak terjebak kes penipuan pekerjaan

DARO: Masyarakat terutama di kawasan luar bandar dingatkan agar berhati-hati dengan sindiket penipuan pekerjaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ini kerana terdapat rakyat tempatan terjebak dengan kes penipuan sindiket terbabit. “Sering kita dengar dalam kalangan rakyat kita yang terjebak dalam kes penipuan pekerjaan khususnya di luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian […]

SADA luluskan dua projek

SIMANGGANG: Jawatankuasa Pemandu Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) meluluskan dua dari 17 projek dicadangkan bagi kawasan Sri Aman. Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, 17 projek itu merangkumi infrastruktur jalan dan jambatan, pengairan dan saliran, infrastruktur pelancongan, projek pertanian dan fasiliti sukan yang telah dibentangkan agensi pelaksana masing-masing. “Dua daripada 17 cadangan projek […]

Liputan internet kini lebih meluas melalui projek SMART

KUCHING: Perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar negeri ini diperluaskan melalui projek Telekomunikasi Luar Bandar (SMART) oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA). Bagi merealisasikan projek itu, perjanjian SMART 600 Multi Operator Core Network (MOCN) ditandatangani pada hari ini. Majlis disaksikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Majlis menandatangani perjanjian itu […]

J-KOM, UKAS jalin kerjasama

KUCHING: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersedia menjalin kerjasama erat dalam menyampaikan imej positif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak kepada rakyat di negeri ini. Ke arah itu, Ketua Pengarah J-KOM Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya sedia berganding bahu dan bergerak seiring dengan kerajaan negeri untuk kepentingan komuniti di negeri ini. […]

Sungai Bapak, Rejang dimasuk dalam program tanaman padi berkelompok

TANJUNG MANIS: Program tanaman padi secara berkelompok di Sungai Bapak, Rejang perlu dimasuk ke dalam program penanaman padi di seluruh Sarawak. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Dato Len Talif Salleh berkata, kawasan tersebut berpotensi dikembangkan dalam program penanaman padi. “Kita melihat dari segi perancangan masa panjang kerajaan negeri, beberapa kawasan dikenal […]

Projek Hab Tenaga Baharu Sarawak bakal jana RM2,158.7 bilion pelaburan

SEOUL: Cadangan projek Hab Tenaga Baharu Sarawak (SNEH) di Bintulu bakal menjana pelaburan dan perbelanjaan berjumlah USD460 bilion atau kira-kira RM2,158.7 bilion ke Sarawak hingga 2050. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, jumlah itu termasuk perbelanjaan kerajaan negeri dan pelaburan sektor swasta dan penyertaan ekuiti. Beliau berkata, taman yang dipacu terutama kuasa […]

Kerajaan Sarawak, Korea Selatan kukuh kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui

SEOUL: Kerajaan Sarawak dan Korea Selatan bersetuju memperkukuhan kerjasama ekonomi khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun, melalui kerjasama tersebut, syarikat-syarikat Korea akan bekerjasama dengan syarikat dari Sarawak khususnya SEDCEnergy dalam program transisi negara tersebut kepada sumber tenaga hijau. Jelasnya, anak syarikat SEDC akan membekalkan gas […]

Buku Bujang Berani dilancar

KUCHING: Sumbangan dan pengorbanan pahlawan Sarawak dalam mempertahankan negeri diabadikan dalam buku ‘Bujang Berani Patriots, Warrior & Unsung Heroes’ dilancarkan hari ini. Simbolik pelancaran dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Hadir sama, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Penulis buku tersebut James Ritchie, semasa ditemui media selepas majlis itu […]