Month: February 2025

Komitmen masyarakat pelbagai kaum bantu pembangunan Daro, Matu

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyatakan komitmen beliau untuk menyokong pembangunan masyarakat Cina di Daro dan Matu. Katanya, perpaduan dan keharmonian antara kaum amat penting untuk memastikan kesejahteraan serta kemajuan komuniti setempat. Jelas beliau, dengan sokongan daripada pelbagai pihak maka komuniti di Daro dan Matu terus maju dan makmur serta saling menghormati,” katanya. […]

Misi Sukarelawan UNIMAS Pasca Banjir di Bintulu

BINTULU: Seramai 20 mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melaksanakan Misi Sukarelawan UNIMAS Pasca Banjir, di sini, hari ini. Mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat banjir termasuk Blok Kolej Kediaman Sri Rajang, empat kediaman di Kuarters Pejabat Daerah Sebauh serta beberapa pejabat dan kemudahan sukan. Sukarelawan turut mengagihkan bantuan Bakul Ihsan Madani KPT-UNIMAS kepada […]

Pendaftaran SKAS masih dibuka sehingga Mac, petugas diberi taklimat

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman merasmikan Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan Permohonan Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di Pustaka Negeri Sarawak di sini, hari ini. Taklimat anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama Pusat Khidmat di seluruh Sarawak bagi mengendalikan proses […]

JKK dilatih cara hadapi banjir

KOTA SAMARAHAN : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melatih pemimpin masyarakat akar umbi seperti ketua kaum cara menghadapi banjir di kawasan masing-masing. Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang memberitahu, latihan itu dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Katanya, sepanjang latihan itu pemimpin akar umbi berkenaan telah didedah […]

RHB Bank bantu mangsa banjir

DALAT: RHB Bank menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Perpaduan Dalat. Sebanyak RM250,000 akan diberikan kepada 500 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di seluruh Sarawak. Setiap KIR akan menerima RM500. Selain bantuan kewangan, RHB Bank juga menyediakan jenis-jenis bantuan lain untuk menyokong pelanggan dan komuniti yang terjejas banjir di […]

Program Salam Desa 2025 platform kerajaan dekati rakyat

ASAJAYA: Program Salam Desa 2025 merupakan usaha kerajaan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan menikmati arus pembangunan negara. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, program juga menjadi platform kerajaan mendekati rakyat dan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan. “Program Salam Desa bukan sekadar program turun padang, tetapi ia platform kita mendengar […]

Wanita perlu jalani saringan kesihatan berkala – Rodiyah

SIMUNJAN: Program kesedaran dan saringan kanser penting bagi golongan wanita kerana mereka sering terdedah risiko penyakit itu. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, berikutan itu mereka perlu mempunyai akses kepada maklumat dan dapat menjalani saringan kesihatan berkala mengesan penyakit terbabit peringkat awal. “Saya menggalakkan para suami memberi sokongan kepada isteri, ibu dan ahli keluarga […]

PETROS teruskan misi agih bantuan

SEBAUH: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) meneruskan komitmen membantu mangsa banjir dengan menyalurkan bantuan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini. Sumbangan berupa 10 tong gas dan dua unit dapur gas disampaikan oleh Wakil PETROS, Tabita Tanjong kepada wakil Pegawai Daerah Sebuah, Frances Sherri Lia Jilan di Pejabat Daerah Sebauh, hari ini. Menurut Frances Sherri, sumbangan […]

PSSS mobile beri kaunseling di Sarawak

LUNDU: Orang ramai yang memerlukan kaunseling disaran mendapatkan khidmat itu dari Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, PSSS adalah tempat mereka mengadu dan meluahkan masalah dan akan didengari oleh kaunselor yang profesional dan berdaftar. “Kadang-kadang bila kita tertekan, kita tidak tahu mana untuk mengadu, oleh […]

Chong hanya minat ‘main politik’ dari perjuang hak Sarawak isu Petronas-Petros

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman membidas kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen yang mendakwa Sarawak telah menyerahkan hak minyak dan gas kepada Kerajaan Persekutuan. Kenyataan Chong itu susulan jawapan parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina […]