Month: May 2025

3 dan 4 Jun ini hari kelepasan gantian Gawai

KUCHING: Hari kelepasan gantian perayaan Gawai Dayak di Sarawak berdasarkan Ordinan Buruh Sarawak adalah pada 3 dan 4 Jun ini. Ini berikutan 1 Jun ini adalah hari Ahad yang merupakan hari rehat pekerja manakala Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun ini dan bertindih hari kelepasan perayaan Gawai Dayak. Menurut kenyataan media Jabatan Tenaga […]

Perkasa agenda gender, Sarawak sedia jalin kerjasama dengan UNFPA

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkukuh dasar dan program berkaitan kesamarataan gender, Sarawak merancang untuk menjalin kerjasama strategik dengan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA). Ia dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah semasa lawatan delegasi ke pejabat UNFPA Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurutnya, kerjasama itu dilihat […]

Sarawak, Putrajaya sepakat selesaikan isu Petronas-Petros

PUTRAJAYA: Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Pusat sepakat menyelesaikan semua isu Petronas-Petros sebelum ini secara rundingan. Ini setelah Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama kepimpinan tertinggi PETRONAS dan PETROS di Perdana Putra. “Perdana Menteri dan Premier Sarawak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan […]

124 bakal jemaah haji Sarawak berlepas malam ini

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyantuni 142 dhuyufurrahman Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini. Kehadiran TYT dan Toh Puan menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah selain mendoakan agar kesemua mereka mendapat haji mabrur. […]

Sarawak ambil langkah proaktif hadapi status negeri tua menjelang 2028

MELAKA: Sarawak mengambil langkah proaktif menghadapi status negeri tua menjelang 2028, lebih awal berbanding peringkat nasional pada 2030. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, model Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak menjadi inspirasi membina sistem pemulihan menyeluruh di negeri itu. “Pendekatan berasaskan rawatan, psikososial, latihan dan pemulihan komuniti amat […]

Tiga kawasan pilihan Pra Penilaian SDGp

KUCHING: Pra Penilaian Sarawak Delta Aspiring UNESCO Global Geopark (SDGp) di kawasan Bau, Kuching dan Santubong diadakan pada 5 hingga 7 Mei lalu. Ini sebagai langkah Sarawak mencapai pengiktirafan geopark global oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Audit percubaan selama tiga hari ini dikendalikan pasukan pakar diketuai Naib Presiden Global Geoparks Network […]

Cawangan pertama Universiti Fudan di Sarawak, pemangkin kemajuan perubatan

MIRI: Penubuhan Institut Perubatan Integratif Fudan, cawangan pertama Universiti Fudan di Sarawak, dijangka menjadi pemangkin kepada kemajuan bidang pendidikan dan perubatan di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, inisiatif tersebut membawa pendekatan baharu dengan menggabungkan perubatan moden dan tradisional menerusi konsep perubatan integratif. “Langkah ini bukan sahaja memperkukuh sistem […]

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak 18 Mei ini

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menganjurkan perhimpunan khas sempena Hari Pekerja Peringkat Negeri pada 18 Mei ini di Hikmah Exchange, di sini. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, perhimpunan julung kalinya diadakan di peringkat negeri itu bertujuan meraikan sumbangan pekerja pelbagai sektor di Sarawak. Ujarnya, walaupun kebiasaannya […]

Sarawak belajar dari Australia bangunkan pusat sukan prestasi tinggi

CANBERRA: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama delegasi kerajaan negeri meneruskan lawatan kerja rasmi ke Australia dengan melawat Institut Sukan Australia (AIS) di Canberra hari ini. Lawatan tersebut sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk merealisasikan penubuhan Pusat Prestasi Tinggi (HPC) di Kompleks Sukan Petra Jaya. Turut serta […]