KUCHING: Seramai 137 penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri di sini, hari ini. Mendahului senarai 10 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), ialah […]
Universiti Oxford minat kerjasama dengan Sarawak, latih tenaga kerja
KUCHING: Universiti Oxford menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi melatih tenaga kerja dalam bidang tenaga melalui tawaran biasiswa jangka pendek selama tiga bulan. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, biasiswa itu akan ditaja oleh syarikat minyak dan gas utama dunia seperti Shell dan Aramco bagi […]
Sarawak sasarkan tiga syarikat tempatan Bumiputera disenarai di Bursa Malaysia menjelang 2030
KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk menyenaraikan tiga syarikat Bumiputera tempatan di Bursa Malaysia menjelang tahun 2030. Ia antara langkah utama memperkasakan penyertaan golongan itu dalam arus ekonomi perdana. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada kerangka pembangunan baharu dikenali sebagai 3-7-20 yang digariskan dalam Pelan Tindakan Ekonomi Bumiputera […]
Sukan sekolah landasan cungkil bakat atlet pelapis Sarawak
BETONG: Penganjuran temasya sukan peringkat sekolah-sekolah di Sarawak adalah landasan terbaik bagi mencungkil atlet berbakat baharu dalam kalangan pelajar. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, ia dapat membentuk skuad pelapis negeri bagi menghadapi kejohanan lebih mencabar. “Sebagai contoh Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Asia Tenggara (SEA) dan […]
Sarawak peneraju tenaga hijau
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datuk Dr. Hazland Abang Hipni menghadiri Persidangan Tenaga Asia 2025 di sini bagi mengukuhkan komitmen Sarawak dalam membangunkan tenaga mampan dan rendah karbon. Persidangan itu menghimpunkan pemimpin, penggubal dasar dan pakar industri tenaga global untuk membincangkan peralihan kepada tenaga yang lebih mampan dan bersih […]
Projek bina semula SK Tebaang bakal siap dalam masa terdekat
DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Haji Zawawi mengiringi Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd. Hassan dalam lawatan pemantauan ke tapak projek pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Kampung (SK) Tebaang di sini hari ini. Projek tersebut merupakan sebahagian daripada cadangan pembangunan semula sekolah daif di negeri ini di bawah peruntukan RM1 bilion (Fasa 2), Pakej […]
Kerajaan Sarawak pergiatkan inisiatif bantu pelajar kurang mampu
KOTA SAMARAHAN: Usaha menyebarluaskan inisiatif kebajikan mahasiswa mendatangkan hasil apabila Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) menunjukkan peningkatan permohonan memberangsangkan. Menurut Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, lonjakan permohonan tersebut mula direkodkan selepas sesi taklimat inisiatif pendidikan diadakan di beberapa kampus termasuk UiTM dan UNIMAS. “Selepas sesi penerangan diadakan di UiTM, […]
SOME Ke-43: Negara anggota ASEAN bincang kemajuan perdagangan tenaga serantau
KUCHING: Negara anggota ASEAN berkongsi perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan projek sambung tara merentas sempadan di bawah inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) yang menjadi antara agenda utama semasa Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Tenaga (SOME) ASEAN kali ke-43 anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). PETRA menerusi siaran medianya hari ini memberitahu, SOME yang berlangsung dari 16 […]
Sarawak catat prestasi kukuh – Premier
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap Sarawak mencatat prestasi yang kukuh untuk tiga suku tahun 2025 demi meneruskan agenda pembangunan luar bandar. Beliau berkata, untuk suku pertama tahun 2025, Sarawak mencatat prestasi yang kukuh dan memberangsangkan termasuk dari segi kedudukan kewangan. “Untuk suku pertama 2025, prestasi Sarawak termasuk kedudukan […]
Cadangan bina jalan alternatif RGC Semop
SEMOP: Jalan alternatif sedang dirancang untuk menghubungkan kawasan Sungai Kelai, Kampung Sedi dan Sebako di sini tanpa melalui Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Semop. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol, berkata projek itu pentingberikutan sebanyak 300 rumah di RGC Semop akan mula diduduki pada tahun depan. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan […]
