Month: July 2025

Ketengahkan lebih ramai bakat muda sukan tarik tali

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin sukan tarik tali di negeri ini boleh diketengahkan ke perngkat yang lebih tinggi. Sarawak, katanya, cukup terkenal dengan sukan itu kerana sering dipertandingkan di peringkat kampung selain mempunyai ramai atlet yang berpotensi. “Kerjasama semua persatuan tarik tali di Sarawak akan mampu menjadikan sukan itu […]

MoU UNIMAS, Siemens Energy Malaysia kukuhkan kelestarian tenaga diperbaharui

KUCHING: Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universit Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diwakili Institut Kelestarian dan Tenaga Diperbaharui (ISuRE) dan Siemens Energy Malaysia menandakan pencapaian penting mengukuhkan kerjasama pembangunan strategik akademik-industri dalam bidang kelestarian tenaga. MoU yang diadakan pada Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam menandakan perkongsian komitmen […]

Sarawak bangunkan cip kuasa AI, kajian sedang dijalan

BINTULU: Kerajaan Sarawak sedang menjalankan penyelidikan menghasilkan cip berskala dikenali cip kuasa Kecerdasan Buatan (AI), kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berharap menjelang akhir tahun ini berjaya mendaftarkan harta intelek (IP) antarabangsa bagi cip kuasa AI itu. “Dalam pada itu, kita (Sarawak) mengukuhkan kedudukan dalam rantaian nilai semikonduktor […]

Perkasakan guna bahasa isyarat dalam komuniti

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedia membantu Sarawak Society for the Deaf (SSD) berkolaborasi memperkasakan penggunaan bahasa isyarat dalam kalangan ahli komuniti di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian dan menerima baik cadangan menwujudkan kolaborasi jangka panjang itu di antara SSD dan SeDidik Sarawak. “Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia membantu […]

Sarawak tidak berhasrat guna tenaga nuklear, kekalkan tenaga boleh diperbaharui

KUCHING: Sarawak tidak berhasrat menggunakan tenaga nuklear dalam rancangan pembangunan sebaliknya mengukuhkan tenaga boleh diperbaharui untuk jangka panjang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana keadaan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri lain. Malah, Sarawak sudah memiliki sumber tenaga mencukupi seperti hidro, gas kitaran gabungan dan solar yang dapat dimanfaat tanpa […]

Sarawak terokai teknologi perkhidmatan utiliti terkini China

GUANGZHOU (China): Lawatan kerja teknikal delegasi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak ke China merupakan sebahagian daripada usaha menerokai kemajuan teknologi dan amalan terbaik dunia dalam sektor bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan industri udara. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, MUT berharap dapat menerokai potensi kerjasama dengan agensi berkaitan atau syarikat di […]

Jadikan remaja pemimpin pelapis di masjid, surau

KUCHING: Pemimpin akar umbi khususnya jawatankuasa masjid dan surau serta ibu bapa memain peranan penting menarik remaja untuk mengimarahkan masjid dan surau. Demikian saranan, seorang ahli majlis tertinggi Hikmah Negeri Sarawak, Ustaz Wan Lukmanhakim Wan Sajali. Selain itu, katanya  golongan itu juga perlu digalak menyertai pelbagai program ilmu  di masjid dan surau di kawasan masing-masing. […]

PERKIM perlu fokus pengurusan wakaf lebih sistematik – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) memberikan tumpuan terhadap pengurusan wakaf yang lebih sistematik demi pembangunan ummah. Beliau yang juga Yang DiPertua PERKIM menegaskan tumpuan kepada pembangunan wakaf ini menjadi asas untuk PERKIM memberikan kebajikan kepada mereka yang tidak mampu. “Antara yang saya […]