KUCHING: Doa dan bacaan tahlil mengiringi Majlis Tahlil Arwah Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Surau Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini. Majlis anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak itu turut dihadiri anak Allahyarhamah, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Turut hadir, […]
Sumber air pemangkin utama pembangunan Sarawak
SINGAPURA: Sarawak sedang memposisikan sumber airnya sebagai aset strategik bernilai tinggi yang bakal menjadi pemangkin utama kepada pembangunan industri, ekonomi hijau dan pelaburan masa depan. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, langkah itu sejajar aspirasi negeri mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030. Katanya, peranan sektor air kini jauh melangkaui fungsi […]
Pemeliharaan warisan Budapest dijadikan contoh
BUDAPEST: Delegasi Sarawak yang menyertai Program Pertukaran Kolaboratif Bandar Raya melawat Perkampungan Nelayan, salah satu daripada mercutanda warisan paling ikonik di Budapest. Lawatan itu bertujuan menimba pengetahuan pemeliharaan warisan, pengurusan bandar dan pembangunan pelancongan yang mampan. Lawatan diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja sambil […]
Premier Sarawak terima kunjungan hormat UKAS, perincikan persiapan SMeC 2026
KUCHING: Timbalan Menteri Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) Datuk Abdullah Saidol mengetuai delegasi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, semalam. Dalam kunjungan tersebut, beliau telah memberi taklimat mengenai penganjuran SMeC 2026 yang dijadual berlangsung pada […]
Kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Water akan berpindah 1 Julai depan
KUCHING: Kaunter perkhidmatan pelanggan di Ibu Pejabat Sarawak Water akan dipindahkan sepenuhnya ke Pusat Service Sarawak Kuching bermula 1 Julai ini. Menurut kenyataan Sarawak Water, melalui perpindahan ini, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan Sarawak Water di Pusat Service Sarawak Kuching. Ini termasuk urusan pertanyaan, aduan, semakan akaun, pembayaran bil dan perkhidmatan berkaitan bekalan air […]
Aduan air paip keruh menurun di bahagian Kuching
KUCHING: Sarawak Water akan terus melaksanakan operasi pembersihan saluran paip bagi mengatasi peningkatan aduan air berwarna atau keruh di bahagian ini. Ini merujuk kenyataan di Laman Facebook Sarawak Water pada 6 Jun 2026 berhubung peningkatan aduan itu di beberapa kawasan bahagian ini. Sejak itu, pasukan operasi dan teknikal Sarawak Water mempergiatkan aktiviti pembersihan bagi mempercepatkan […]
Hayati semangat hijrah, perkukuhkan nilai perpaduan
MIRI: Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak di Stadium Tertutup Miri hari ini menjadi medan peringatan penting kepada umat Islam di negeri ini agar terus memperkukuh nilai perpaduan, menjauhi perpecahan serta mempertingkatkan kekuatan ilmu dalam menghadapi cabaran dunia moden. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, kekuatan ummah tidak hanya terletak pada […]
Sambutan Maal Hijrah semarak penghayatan hijrah, perkukuh ukhuwah di Mukah
DALAT: Sambutan Maal Hijrah 1448 Hijrah Peringkat Bahagian Mukah di Masjid At-Taqwa, Oya disambut penuh penghayatan menerusi pelbagai pengisian kerohanian yang menekankan nilai hijrah, perpaduan serta kesejahteraan masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyempurnakan Majlis Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah […]
Sarawak teliti rangkaian pengangkutan Hungary bangunkan wilayah utara
BUDAPEST: Sarawak meneliti amalan terbaik pengurusan logistik dan rangkaian pengangkutan bersepadu Hungary sebagai rujukan dalam perancangan pembangunan wilayah utara negeri ini menjelang 2035. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi ke Budapest berkata lawatan tersebut bertujuan menimba pengalaman serta memahami model operasi logistik bersepadu yang dilaksanakan di Pusat Logistik Antara […]
JKR terajui penggunaan teknologi pantau pengurusan risiko infrastruktur
KUCHING: Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan risiko geologi yang semakin kompleks, pembangunan infrastruktur negara perlu diperkukuh dengan penyelesaian geoteknik yang berdaya tahan dan inovatif, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan kegagalan seperti tanah runtuh yang boleh mengancam keselamatan awam. Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara kini […]
