Month: June 2026

Bandaraya Gyor model bangunkan Limbang, Lawas

GYOR (Hungary): Kejayaan Bandaraya Gyor, Hungary, yang mentransformasikan wilayah itu menjadi pusat ekonomi kompetitif akan dijadikan model perancangan membangunkan Limbang dan Lawas sebagai hab pertumbuhan di utara Sarawak pada masa hadapan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi Sarawak dalam rangka lawatan kerja ke Hungary dan Austria berkata, lawatan rasmi […]

Dasar SET-P wujudkan 80,000 pekerjaan

BINTULU: Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) yang dilancarkan pada tahun lalu akan menjadi pemangkin utama kepada transformasi sektor tenaga negeri ini. Malah, ia dijangka menjana lebih RM550 bilion kepada ekonomi Sarawak menjelang 2050. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, dasar tersebut turut dijangka mewujudkan 80,000 peluang pekerjaan baharu […]

STPM: Peratus calon cemerlang meningkat, 115 orang peroleh CGPA 4.00

KUCHING: Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini tahun lalu mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) meningkat 0.07, daripada 2.68 pada 2024 kepada 2.75 pada 2025. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, seramai 115 calon atau 2.19 peratus (%) memperoleh CGPA penuh […]

Tujuh acara utama meriahkan sambutan Hari Sarawak 2026 di Sibu

SIBU: Sebanyak tujuh acara utama termasuk Unity Walk yang menyasarkan penyertaan 10,000 peserta akan memeriahkan Sambutan Hari Sarawak 2026 di Sibu mulai 20 hingga 22 Julai depan. Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2026, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, acara yang disusun merangkumi Karnival Jualan, Majlis Kesyukuran Pelbagai Agama, program Zumba, Unity Walk, sesi […]

Pelajar Sekolah Swasta St. Joseph lawat makmal canggih UNIMAS

SAMARAHAN: Rombongan pelajar Sekolah Swasta St. Joseph melawat makmal canggih milik Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FRST) di Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, baru-baru. Menurut kenyataan UNIMAS, lawatan selama sehari itu memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman berada di makmal canggih itudengan menyertai aktiviti berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). “Pengalaman […]

Sarawak laksanakan operasi pembenihan awan tiga hari

KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama tiga hari bermula hari ini bagi meningkatkan potensi hujan di kawasan tadahan air dan empangan strategik di seluruh negeri. Langkah proaktif itu diambil bagi memastikan kestabilan bekalan air mentah serta kelangsungan penjanaan tenaga hidroelektrik terus terjamin, khususnya ketika berdepan keadaan cuaca yang tidak menentu. Pengerusi Jawatankuasa […]

YADIM berhasrat perkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

KUCHING: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi memperkasa usaha dakwah yang lebih berhemah, inklusif dan selari dengan keunikan masyarakat majmuk di negeri ini. Yang DiPertua YADIM Datuk Dr. Hasan Bahrom berkata, perkara tersebut dibincangkan semasa kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di […]

Majlis tahlil Arwah Puan Sri Juma’ani

KUCHING: Doa dan bacaan tahlil mengiringi Majlis Tahlil Arwah Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Surau Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini. Majlis anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak itu turut dihadiri anak Allahyarhamah, Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Turut hadir, […]

Sumber air pemangkin utama pembangunan Sarawak

SINGAPURA: Sarawak sedang memposisikan sumber airnya sebagai aset strategik bernilai tinggi yang bakal menjadi pemangkin utama kepada pembangunan industri, ekonomi hijau dan pelaburan masa depan. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, langkah itu sejajar aspirasi negeri mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030. Katanya, peranan sektor air kini jauh melangkaui fungsi […]

Pemeliharaan warisan Budapest dijadikan contoh

BUDAPEST: Delegasi Sarawak yang menyertai Program Pertukaran Kolaboratif Bandar Raya melawat Perkampungan Nelayan, salah satu daripada mercutanda warisan paling ikonik di Budapest. Lawatan itu bertujuan menimba pengetahuan pemeliharaan warisan, pengurusan bandar dan pembangunan pelancongan yang mampan. Lawatan diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja sambil […]