Month: August 2026

JaPen serah Kit Satu Rumah Satu Jalur Gemilang

KUCHING: Semangat mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan 2026 disemarakkan menerusi Program Penyerahan Kit Satu Rumah Satu Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak. Pengarah JaPen Sarawak, Sabri Said berkata, penyerahan kit berkenaan mendekati masyarakat selain menyampaikan mesej Kempen Kibar Jalur Gemilang, khususnya konsep ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’. Menurutnya, kempen itu turut memberi […]

Acara antarabangsa kukuhkan Sarawak destinasi pelancongan

KUCHING: Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) Travel Mart 2026 yang julung kali diadakan di Borneo, khususnya di Sarawak, mendapat sambutan menggalakkan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara itu berjaya menghimpunkan delegasi dari 48 negara. Penganjuran acara antarabangsa ini sekali gus katanya, terus mengukuhkan kedudukan Sarawak […]

Usahawan Lundu manfaatkan Program HalalPrenur Ready 2.0

​LUNDU: Seramai 120 peserta mengikuti siri kedua Program HalalPrenur Ready 2.0 Bersama Agrobank di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, di sini, semalam. Program terbabit membimbing serta mempersiapkan usahawan tempatan mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). ​Majlis penutupan rasmi program disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]

UiTM Cawangan Sarawak juara Debat Premier Sarawak

SAMARAHAN: Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (PSDC) 2026 menjadi platform membentuk generasi muda berani berfikir, bersuara dan mencabar idea. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu penting dalam melahirkan generasi yang mampu memimpin dan menyumbang kepada pembangunan Sarawak pada masa hadapan. “Pertandingan kita bukan sekadar meraikan sebulan pertandingan debat. […]

176 klinik panel dilanjutkan kontrak SCHB

KUCHING: Kerajaan Sarawak membelanjakan sebanyak RM99.5 juta bagi melaksanakan inisiatif Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) dari 2024 sehingga Julai 2026. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ini melalui penglibatan sebanyak 270 klinik panel aktif yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) di seluruh Sarawak. “SCHB adalah inisiatif Kerajaan […]

Jadikan AI medium dakwah dinamik, graduan IKMAS bawa pendekatan wasatiyyah

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggesa graduan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) agar menjadi ejen perubahan yang membawa pendekatan wasatiyyah dalam aspek kehidupan. Berucap pada Istiadat Konvokesyen IKMAS Ke-22 tahun 2026 di sini, Yang di-Pertua Negeri berkata, dalam dunia media sosial hari ini graduan IKMAS mesti menjadi […]

Merapok, Sundar jelapang padi utara

LAWAS: Kawasan Ulu Merapok dan Merapok Laut bersama kawasan di daerah kecil Sundar di sini, dikenali pasti sebagai jelapang padi yang akan dibangunkan bersama sektor swasta. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Premier Sarawak pada dasarnya telah meluluskan peruntukan untuk membangunkan kemudahan asas di kawasan terbabit. “Peruntukan itu adalah untuk membangunkan […]

Sarawak sasar pasaran Korea, rancang hubungan udara Kuching-Pulau Jeju

KUCHING: Sarawak menyasarkan Korea Selatan sebagai pasaran pelancongan berpotensi tinggi, dengan promosi dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pelancong, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Jelasnya, usaha menerokai hubungan udara melalui syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo di antara Kuching–Pulau Jeju dilihat mampu membuka laluan baharu untuk meningkatkan […]

Ekonomi hijau buka pekerjaan baharu, peluang pelaburan

KUCHING: Sarawak mahu menjadikan kelestarian alam sekitar bukan sekadar agenda pemuliharaan, sebaliknya sebahagian daripada pemacu ekonomi baharu negeri menerusi peralihan kepada tenaga bersih, sumber boleh diperbaharui dan industri rendah karbon. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan itu berpotensi membuka lebih banyak peluang pelaburan, memperkembangkan teknologi baharu serta mewujudkan peluang […]