Month: August 2026

Jerebu: Tebedu catat bacaan tertinggi

KUCHING :Tebedu mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 212 setakat jam 12 tengah hari ini, berada pada tahap sangat tidak sihat. Menurut sumber Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Serian merekodkan bacaan 199, diikuti Kuching (175), Samarahan (174), Lubok Antu (167), Sarikei (161), Sri Aman (158), Bintulu (156), Samalaju (153) […]

Regata Batang Kayan tawar hadiah lumayan

LUNDU: Regata Batang Kayan 2026 bakal berlangsung selama tiga hari mulai 25 hingga 27 September depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, pelbagai acara sukan air, kebudayaan, hiburan, keusahawanan dan rekreasi bakal diadakan sepanjang program. “Acara dwi-tahunan ini dijangka menarik kira-kira 30,000 pengunjung. “Acara ini juga menjadi pemangkin […]

PINTAR 2026, resolusi perlukan tindakan

KUCHING: Resolusi Persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Antirasuah (PINTAR) 2026 perlu diterjemahkan kepada tindakan nyata di setiap jabatan kerajaan bagi memastikan agenda integriti tidak sekadar menjadi perancangan. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, budaya integriti dalam perkhidmatan awam tidak boleh terhenti pada perbincangan atau perancangan, sebaliknya mesti disusuli pelaksanaan yang konsisten […]

Ketua jabatan benteng utama cegah salah guna kuasa

KUCHING: Ketua jabatan di Sarawak disifatkan sebagai benteng utama dalam memastikan budaya integriti, tatakelola baik dan akauntabiliti menjadi amalan di setiap organisasi. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, peranan ketua jabatan bukan sekadar melaksanakan urusan pentadbiran, malah menentukan budaya kerja serta menjadi penilai risiko organisasi. “Anda semua […]

Siasat RCI TH secara menyeluruh – Nancy

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menggesa segala perkara yang dibangkitkan melalui Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji (RCI TH) perlu disiasat secara menyeluruh. Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, tindakan sewajarnya harus diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Beliau turut menyambut baik pendirian Perdana […]

Persidangan Hikayat Panglima Nikosa berlangsung 25- 26 November depan

KUCHING: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Kursi Nusantara, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pustaka Negeri Sarawak bakal menganjurkan Persidangan Antarabangsa Novel Melayu Pertama Diketahui di Dunia: Hikayat Panglima Nikosa. Persidangan itu akan berlangsung pada 25 hingga 26 November depan di Wisma Melayu Sarawak, di sini. Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr Sanib […]

Jerebu: Premier Sarawak minta orang ramai berwaspada, patuhi nasihat pihak berkuasa

KUCHING: Orang ramai di Sarawak diminta terus berwaspada dan mematuhi nasihat pihak berkuasa susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jerebu itu dipercayai dipengaruhi fenomena El Niño, namun dijangka hanya bersifat sementara. “Buat masa ini, jerebu tidaklah seteruk seperti dahulu. “Saya fikir keadaan ini […]

PETROS bantu Amanah Kebajikan UNIFOR perluaskan pendidikan, kebajikan

KUCHING: Amanah Kebajikan Unit Agama-Agama Lain Sarawak (SUCT UNIFOR) memperluas pelaksanaan program pendidikan, kebajikan serta keagamaan menerusi sokongan kewangan RM1 juta daripada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata sumbangan tersebut memberi ruang kepada SUCT melaksanakan pelbagai inisiatif demi manfaat masyarakat. […]

Kawasan Lumpur Bebuak dipromosi melalui TikTok

LIMBANG: Program promosi khas melawat Limbang melalui aplikasi TikTok dicadangkan untuk merangkumi kawasan Lumpur Bebuak di sini. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata program promosi selama tiga hari itu membabitkan Tebingan Limbang dan jambatan terpanjang di Asia Tenggara di Brunei, iaitu Limbang-Brunei. “Mungkin, promosi sama boleh […]