SAMARAHAN: Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diingatkan untuk memanfaatkan transformasi digital dan teknologi dalam pembelajaran. Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hatta Rasit berkata, ini kerana di era digital ini, teknologi tidak lagi hanya satu kemudahan, tetapi satu keperluan. “Penggunaan teknologi telah mengubah cara kita belajar dan berinteraksi, membuka pintu kepada sumber ilmu yang tidak […]
Kekalkan sokongan padu terhadap kepimpinan Abg Jo – Awang Tengah
BINTULU: Rakyat Sarawak diminta terus kekal memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia penting agar terus membawa Sarawak ke arah kemajuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. “Sokongan padu itu secara tidak langsung akan membolehkan Kerajaan Sarawak […]
Sarawak, UPM tubuhkan Fakulti Perkhidmatan Veterinar dan Sains Haiwan
BINTULU: Kerajaan Sarawak dan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan bekerjasama menangani keperluan kritikal perkhidmatan veterinar di Sarawak. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, setelah UPM bersetuju memanfaatkan Kampus Bintulu dan kepakaran universiti dalam sains haiwan veterinar bagi mewujudkan Fakulti Perkhidmatan Veterinar dan Sains Haiwan. Katanya, ini susulan […]
PTAR UiTM Cawangan Sarawak anjur program sempena Hari Sarawak
SAMARAHAN: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak menganjurkan program “Merentasi Perbezaan, Menyatukan Hubungan” sempena Hari Sarawak pada 22 Julai lalu. Menurut kenyataan universiti itu, program dianjurkan dengan kolaborasi bersama Pusat Sumber Maklumat, Hospital Umum Sarawak (HUS), Pustaka Negeri Sarawak (PNS) dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak. “Antara pengisian program ini adalah penganjuran bengkel […]
Syarikat tenaga China minat melabur dalam sumber tenaga hijau Sarawak
KUCHING: Dua syarikat tenaga dari China, Shanghai Electric Malaysia dan China Three Gorges International Limited berminat untuk melabur dalam pembangunan sumber tenaga hijau di Sarawak. Pengarah Shanghai Electric Malaysia, Zhang Xiaohui berkata, syarikatnya dan China Three Gorges International Limited mula bertapak di Sarawak sejak 10 tahun lalu. Menurutnya, pengalaman dan kejayaan dalam bekerjasama dengan syarikat […]
Kaji semula bantuan kewangan untuk penerbit buku tempatan
KUCHING: Yayasan Sarawak disaran mengkaji semula bantuan kewangan yang diberikan kepada penerbit buku tempatan. Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli berkata, saranan tersebut dinyatakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai usaha merancakkan lagi industri penerbitan buku di wilayah ini. Katanya, adalah penting untuk menyediakan sokongan kewangan yang lebih […]
Projek bangunan baharu SMK Sebuyau bermula dalam masa terdekat
KUCHING: Pembinaan bangunan baharu SMK Sebuyau dijangka bermula pada masa terdekat susulan proses tender akan dimulakan seawal bulan hadapan. Demikian kata Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Datuk Azhar Ahmad ketika diminta mengulas mengenai beberapa khemah didirikan di sekolah itu berikutan banyak bangunan dan dewan sekolah uzur dan tidak boleh digunakan lagi. “Projek pembinaan bangunan baharu SMK Sebuyau […]
STPM: 16 sekolah capai keputusan cemerlang
KUCHING: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 menyaksikan Sarawak mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 2.69 tahun ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Datuk Azhar Ahmad berkata, seramai 88 calon sekolah di seluruh Sarawak berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00. “Sementara itu, seramai 1,900 calon bersamaan 33.56 peratus mendapat PNGK 3.00 sehingga […]
Ekspo Pendidikan Sarawak di 43 lokasi 27 Julai ini
KUCHING: Yayasan Sarawak menyalurkan peruntukan sebanyak RM675,000 kepada 45 Pejabat Daerah bagi menjayakan Ekspo Pendidikan Sarawak pada 27 Julai ini. Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli berkata, ekspo itu akan diadakan serentak di 43 lokasi dengan pelancaran ekspo akan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kolej Universiti i-CATS di […]
37 rumah panjang nikmati bekalan air
BINTULU: Pembinaan stesen pam penggalak, tangka air dan sistem saluran paip di Maskat dekat sini, akan turut memberi faedah kepada 37 rumah panjang membabitkan lebih 3,745 penduduk. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, rumah-rumah panjang terbabit terletak dalam kawasan Parlimen Bintulu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebauh dan Samalaju. Projek membangun stesen […]
