Author: Jiwa Bakti

Lawatan Fadillah ke LONGi buka peluang cerah bidang teknologi tenaga hijau

SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berkesempatan mengadakan Sesi Libat Urus bersama barisan pengurusan syarikat pengeluar panel solar terbesar di China, LONGi di sini. Lawatan hari kedua Fadillah sempena lawatan pertama ke China sebagai Timbalan Perdana Menteri di LONGi bertujuan mengukuhkan hubungan sekali gus membuka peluang masa depan lebih cerah dalam bidang teknologi tenaga […]

Sarawak, Korea Selatan jalin kerjasama bangunkan ekosistem digital

SEOUL: Kerajaan Sarawak bakal menjalinkan kerjasama dengan Rangkaian Inovasi Digital Global (GDIN) Korea Selatan dalam usaha membangunkan ekosistem pemula digital di Sarawak. Menteri Utiliti dan Komunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan GDIN. “Kami berharap dapat bekerjasama dengan GDIN Korea Selatan melalui SDEC dalam mempercepatkan penerapan […]

Asfia angkat sumpah, dilantik semula Speaker DUN Sarawak

KUALA LUMPUR: Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kesembilan bagi tempoh dua tahun sehingga 15 November 2025. Lantikan itu berkuatkuasa hari ini selepas lantikan kali kelapan berakhir pada 15 November 2023. Istiadat mengangkat sumpah Speaker DUN Sarawak kesembilan dilaksanakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, […]

Sembilan projek baharu pertingkat bekalan air grid dilulus RMK-12

SIBU: Sebanyak sembilan projek baharu dengan jumlah nilai skim sebanyak RM673 juta bagi mempertingkatkan bekalan air di bawah bidang kuasa Lembaga Air Sibu (LAS) diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Pengurus Besar LAS, Abdul Malik Abdullah, berkata ini termasuk lima projek yang baru-baru ini telah diluluskan semasa Kajian Separuh Penggal RMK-12 pada tahun ini. Antara projek […]

Sarawak semak semula SOP aktiviti perlombongan

KUCHING: Sarawak boleh menyemak semula Operasi Standard (SOP) dan pertingkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap aktiviti perlombongannya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini antara boleh dilakukan Sarawak bagi memastikan amalan terbaik diguna pakai dalam aktiviti perlombongan serta memenuhi kehendak pembangunan mampan industri mineral. “Menyemak semula SOP dengan menambahbaik operasi yang kurang relevan […]

Sambutan Hari Keluarga N3 Tanjong Datu

LUNDU: Sambutan Hari Keluarga N3 Tanjong Datu yang berlangsung di Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) Lundu menjadi wadah mengeratkan silaturahim masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri merasmikan sambutan anjuran Parlimen P.193 Santubong. Sambutan dimeriahkan dengan acara senam sihat dan sesi cabutan tiket bertuah, pertandingan mewarna anjuran Pertubuhan […]

Ahli Parlimen Sarawak tumpukan aspek pembangunan

LUNDU: Majoriti Ahli Parlimen Sarawak tidak melibatkan diri berbicara soal politik yang tidak memberi manfaat kepada rakyat terutama semasa perbahasan di Parlimen Persekutuan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kebanyakan Ahli Parlimen dari Sarawak lebih menjurus kepada pembangunan yang mahu dibawa ke negeri ini. ‘’Tumpuan kita lebih kepada pembangunan dan […]

Beri tumpuan pelajar lemah akademik

SPAOH: Guru disaran memberi perhatian tambahan kepada pelajar yang mempunyai keupayaan mempelajari kemahiran akademik yang rendah di sekolah. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau dimaklumkan berkenaan isu itu kerana terdapat pelajar tidak boleh membaca, menulis atau membuat pengiraan walaupun selepas tamat enam tahun pendidikan rendah. “Kita mesti menangani masalah ini. Apabila pelajar […]

Pesta Roban kembali lagi

KABONG: Masyarakat kawasan Roban di sini diminta mengambil peluang dan memanfaatkan penganjuran kembali Pesta Roban 2023. Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, kali terakhir pesta itu dianjurkan 2015 dan kini muncul kembali selepas lapan tahun. “Pesta Roban 2023 adalah pentas terbaik untuk memajukan sektor sukan, riadah, pelancongan, sosial dan […]

Sarawak terokai satu lagi sumber pendapatan baharu

GEDONG: Kerajaan Sarawak berhasrat meneroka satu lagi sumber pendapatan baharu bagi meningkatkan sumber pendapatan negeri sebagai tambahan kepada sumber pendapatan sedia ada. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut memberi bayangan kemungkinan beliau akan mengumumkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula 20 November ini. Bagaimanapun, […]