LAWAS: Penduduk disaran turut mengambil peluang hasil pembangunan jalan raya di kawasan Parlimen Lawas. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, antaranya jalan raya menghubungkan Ba’kelalan ke Kalimantan dan Bario yang dilulus. “Ini akan merancakkan sektor ekonomi setempat khususnya dalam pelancongan dan perdagangan rentas sempadan antara Lawas, Kalimantan, Brunei dan Sabah,” katanya. Beliau berkata […]
PSSS bantu tangani masalah kesihatan mental
KUCHING: Akses kepada Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) kini diperluas bagi memastikan lebih ramai individu menerima bantuan profesional dalam menangani masalah kesihatan mental. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, statistik terkini mencatatkan bahawa sejak Oktober 2021 hingga Disember 2025, lebih 156,000 klien mendapat sokongan daripada pusat berkenaan. “Usaha ini amat […]
Contohi perpaduan Sarawak, saling menghormati antara kaum
KUCHING: Kekuatan Sarawak yang membolehkannya berdiri teguh sebagai negeri contoh di Malaysia terletak pada semangat perpaduan dan sikap saling menghormati antara kaum. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa tradisi kunjung-mengunjung melalui rumah terbuka merupakan instrumen penting yang perlu dipelihara demi memastikan keharmonian berkekalan. ”Kekuatan perpaduan inilah yang perlu terus kita pelihara,” […]
Rumah terbuka lambang identiti pelbagai kaum di Sarawak
KUCHING: Penganjuran rumah terbuka perayaan utama anjuran Kerajaan Sarawak terus menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan serta menyemai nilai pembinaan bangsa dalam kalangan rakyat negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Gawai peringkat negeri mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip keterangkuman […]
Penduduk Kampung Sungai Mata nikmati bekalan air bersih
KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 315 rumah di Kampung Sungai Mata kini menikmati bekalan air bersih dan terawat yang lebih stabil. Ini susulan dua tangki air berkapasiti 38,000 liter sehari mula beroperasi sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup penduduk Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, setiap tangki berkapasiti 19,000 liter untuk […]
TYT, isteri sertai latihan menembak PDRM Kontinjen Kuching
PADAWAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa menyertai latihan menembak anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuching di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching. Ketibaan beliau berdua pada jam 10 pagi tadi disambut Pesuruhjaya Polis Sarawak CP Datuk Mohamad […]
Masyarakat Cina teruskan peranan bantu memaju, mensejahterakan Sarawak
KUCHING: Komuniti perniagaan terutama masyarakat Cina perlu terus bekerjasama memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak pada Tahun Baharu Kuda 2026 yang akan disambut esok. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana Kerajaan Sarawak akan terus berusaha memacu pertumbuhan ekonomi wilayah dan negara serta memastikan kemakmuran dapat dinikmati secara adil setiap lapisan […]
Pembangunan bola sepak Sarawak akan terus diperkasa – Abg Jo
KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuhkan pembangunan bola sepak negeri sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemain profesional dalam kalangan anak tempatan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sokongan berterusan terhadap penganjuran liga dan pertandingan di peringkat negeri merupakan platform terbaik untuk mencungkil serta menggilap bakat muda Sarawak. Menurut beliau, Liga Premier […]
Sarawak yakin Tahun Kuda bawa kejayaan inisiatif pada Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak yakin Tahun Kuda 2026 yang mengikut kepercayaan kaum Cina akan membawa kejayaan kepada inisiatif-inisiatif strategik Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini termasuk AirBorneo, Pelabuhan Bintulu, FTES, khidmat ART, grid letrik dan potensi kerjasama dengan Indonesia. “Saya yakin Tahun Kuda 2026 akan membawa kejayaan kepada inisiatif […]
RUU tangani judi dalam talian dirangka
KUCHING: Kerajaan sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) baharu dalam usaha membendung peningkatan kegiatan judi dalam talian di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, untuk itu kertas cadangan kini di peringkat penelitian dan dijangka dibawa ke Parlimen pada sidang akan datang sekiranya belum dapat dikemukakan dalam persidangan kali ini. “Kerajaan memberi keutamaan […]
