Category: Umum

D2EI martabat kepimpinan wanita – Fatimah

KUCHING: Jabatan Wanita dan Kelarugas Sarawak (JWKS) mengambil langkah proaktif dengan penubuhan unit khas D2EI (Diversity, Equality, Equiti dan Inclusivity) bagi mencapai matlamat D2EI. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, matlamatnya untuk memartabatkan kepimpinan wanita dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih inklusif. Sebagai permulaan, KPWKK menjalin kerjasama dengan […]

Unit khas laksana dasar inklusif dipersetujui, perkasa peranan wanita

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju dengan cadangan menubuhkan satu unit khas di bawah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) untuk menjayakan dasar inklusif. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, unit itu kelak akan memperkasakan lagi peranan wanita dalam membantu membangunkan bidang pendidikan, kesihatan, […]

Mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang dibantu

SIMANGGANG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, menyantuni mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang di sini, malam tadi. Mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seri Lemanak, dekat Jalan Stawang. Hadir mengiringi menteri ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor bagi memberi sokongan moral kepada mangsa. Nancy […]

ProDR perkasa belia luar bandar – Abdul Yaakub

MUKAH: Jerayawara Project of Dream Realized’ (ProDR) Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 merupakan usaha kerajaan negeri melahirkan 500,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Ahli Lembaga Amanah TEGAS, Abdul Yaakub Arbi berkata, jerayawara itu diteruskan sebagai usaha memperkasa pendidikan […]

Kuching bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Kuching sebagai satu-satunya bandar raya di dunia yang diterajui oleh dua Datuk Bandar, memiliki keunikan tersendiri selain melalui transformasi pesat sejak diisytihar bandar raya pada 1 Ogos 1988. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setelah 37 tahun di bawah pimpinan lapan orang Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) dan lima […]

Jalan Matang dijangka siap Ogos tahun depan

KUCHING: Kerajaan optimis projek pembesaran Jalan Matang di sini dapat disiapkan lebih awal daripada jadual iaitu Ogos tahun 2026. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwwo berkata, projek terbabit kini mencapai 22 peratus siap dan dijangka dapat disiapkan lebih awal daripada jadual. “Sungguhpun mengalami kelewatan kecil 3.58 peratus berpunca daripada kerja-kerja pemindahan […]

Fazzruddin cadang laluan alternatif untuk Jalan Matang, elak kesesakan

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta mempertimbangkan cadangan membina laluan alternatif bagi mengurangkan aliran trafik di Jalan Matang di sini. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman mencadangkan laluan terbabit dengan membina satu lagi jalan yang baharu dari Simpang Malihah terus ke FAC. Beliau juga mencadangkan […]

Dua ladang kerbau baharu sasarkan ternak 10,000 ekor kerbau

LAWAS: Dua ladang kerbau baharu di bawah projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) di Parlimen Lawas menyasarkan 10,000 ekor kerbau menjelang 2030. Penasihat di Pejabat Premier Sarawak Bahagian Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, sasaran itu berdasarkan kemampuan setiap ladang berkeluasan 100 ekar menternak 100 ekor kerbau. Ini bermakna […]

Buku hargai sumbangan, kejayaan wanita dilancar

KUCHING: Sempena sambutan Hari Wanita Sarawak, sebuah buku wanita bertajuk “Sarawak Women Creating Legacies” Ke-12 dilancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah melancarkan buku wanita tersebut. Buku setebal 217 muka surat itu mencerminkan keperibadian daya tarikan wanita-wanita yang diraikan dan […]

Lebih 230 anggota pelbagai agensi, penduduk kampung bantu padam kebakaran kawasan kebun

MUKAH: Seramai 230 anggota dari pelbagai agensi kerajaan dan pasukan keselamatan terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di kawasan kebun berhampiran Lapangan Terbang Mukah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah. Operasi tersebut kini memasuki hari kelapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine sentiasa turun padang untuk meninjau dan membantu secara langsung usaha pemadaman. Ketika […]