Category: Umum

Dua wakil rakyat sahut cabaran Pertandingan Strongman

BINTANGOR: Suasana Pesta Meradong 2025 bertukar gamat apabila dua pemimpin utama kawasan, Dato Ir.Yusuf Abd Wahab dan Datuk Ding Kuong Hiing, bukan sahaja merasmikan majlis, malah turut menyahut cabaran Pertandingan Strongman yang menjadi tumpuan ramai. Abdul Wahab, yang hadir berpakaian kemeja rasmi biru, secara spontan menyahut cabaran menterbalikkan tayar traktor gergasi aksi yang disambut dengan […]

Jati diri kukuh bantu corak masa depan pelajar cemerlang

DARO: Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah merupakan platform penting bagi membina sahsiah, disiplin dan semangat kepimpinan dalam diri pelajar. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, pelajar mempunyai jati diri kukuh dan semangat juang tinggi mampu mencorak masa depan yang lebih baik melalui pendidikan. Justeru, beliau menggesa pelajar tidak mudah berputus asa dan […]

RTP tangani banjir Kampung Banyai

BINTULU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk menaik taraf sistem perparitan dan membina dua pembentung di Kampung Banyai, Jalan Ulu Segan di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Jepak itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 200 penduduk melibatkan 50 rumah. “Melalui sokongan […]

Penyalahgunaan akaun peribadi membimbangkan

SIBU: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif merangkumi kesedaran kewangan, keselamatan digital dan pembangunan sahsiah anak-anak bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya tahan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penyalahgunaan akaun peribadi semakin membimbangkan apabila individu sanggup menyewakan akaun bank kepada pihak tidak bertanggungjawab bagi transaksi […]

Ahli Parlimen Igan dilantik ahli FOM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dilantik sebagai ahli Friends of Ministry (FOM) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan tersebut selepas majlis pertemuan dan mesyuarat bersama ahli-ahli FOM yang lain di Pejabat Menteri, Putrajaya, di sini semalam. Beliau menerima watikah pelantikan berkenaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri […]

Produk Sarawak jadi tarikan pembeli China

SHANGHAI: Produk makanan keluaran syarikat Sarawak antara tumpuan utama di Malaysia Pavilion sempena Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) Kelapan yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang turut menghadiri CIIE tahun ini, sebanyak lima syarikat Sarawak mengambil bahagian dalam pameran di […]

JKMS pastikan bantuan sampai pada mangsa bencana

BINTULU: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) memainkan peranan penting di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata ini merangkumi penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pengurusan bantuan makanan dan keperluan asas, serta sokongan psikososial kepada mangsa bencana. “Fokus kami adalah memastikan bantuan sampai kepada mereka (mangsa […]

Sarawak perlu transformasikan pertanian kaedah moden, pintar

KUCHING: Graduan pertanian adalah aset negeri yang berharga untuk memastikan industri pertanian terus menjadi nadi kemakmuran dan keterjaminan makanan Sarawak, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Dato Sri Dr. Stephen Rundi berkata, di bawah rangka PCDS 2030, kerajaan telah mengiktiraf Pendidikan Pertanian dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu tunjang […]

Isu teknikal halang pembangunan Tunoh berjaya diselesai

KAPIT: Isu teknikal yang sekian lama menghalang pembangunan di kawasan Tunoh akhirnya berjaya diselesaikan, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan semula projek pembangunan di kawasan berkenaan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan selesainya segala urusan berkaitan, kerajaan negeri kini dapat meneruskan agenda pembangunan yang pernah dirancang sejak era kepimpinan […]

Pelan induk pacu pembangunan Kapit

KAPIT: Pelan Induk Kapit yang sedang dilaksanakan memberi tumpuan kepada peluasan bandar, mengurangkan kesesakan dan memperindahkan kawasan persekitaran untuk manfaat penduduk. Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pelan itu juga untuk mengatur pertumbuhan bandar secara tersusun dan mampan. “Pendekatan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat sambil memacu […]