SIMANGGANG: Projek menaik taraf Gelanggang Bola Keranjang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga sudah siap dan digunakan mulai 20 April lalu. Projek membabitkan peruntukan sebanyak RM200,000 diluluskan di bawah Peruntukan Khas Timbalan Perdana Menteri 2024 itu adalah kesinambungan Projek Mesra Rakyat Parlimen P.201 Batang Lupar 2021. Gelanggang berbumbung ini bukan sahaja sebagai pusat aktiviti sukan untuk […]
Proses semakan Bantuan Kewangan Khas pelajar ambil masa, 42,000 permohonan diterima
KUCHING: Proses semakan Bantuan Kewangan Khas (BKK) Sarawak kini mengambil masa lebih lama daripada jangkaan berikutan jumlah permohonan yang mencecah 42,000 setakat ini. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, setiap permohonan perlu disemak secara teliti bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak menerima bantuan. “Kita mahu elak dua […]
Kerajaan Sarawak komited bantu usahawan Bumiputera
KUCHING: Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sangat prihatin terhadap usahawan Bumiputera di negeri ini telah banyak menghulurkan bantuan. Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Datuk Abang Helmi Ikhwan berkata, bantuan itu bertujuan memperkasakan usahawan Bumiputera. “Bantuan itu mencakupi sumbangan kewangan bagi melaksanakan program latihan kepada usahawan […]
48 projek tenaga boleh baharu dilulus
PUTRAJAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia meluluskan 48 projek tenaga boleh baharu (TBB) daripada sumber biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil. Pembangunan bagi pelaksanaan 48 projek TBB itu dengan kapasiti sebanyak 181.25MW di bawah mekanisma Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FIT). Pembangunan 48 projek TBB itu […]
Program Siswa Balik Sekolah bakal dilancar
KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal melancarkan program Siswa Balik Sekolah bagi memperkukuh asas pelajaran pelajar luar bandar menjelang pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) pada 2026. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, program ini akan melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang turun padang secara sukarela membantu murid Tahun […]
SABATI anjur majlis tahlil peringati pemergian isteri Premier Sarawak
KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menganjurkan majlis tahlil bagi memperingati Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang kembali ke rahmatullah 23 Jun lalu. Majlis tahlil berlangsung di Wisma SABATI dipimpin Ustazah Natijam Misau dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), dimulai dengan bacaan Surah Yaasin diikuti tahlil dan doa arwah. Hadir […]
Peruntukan RM491,000 bagi projek MRP-PPRMS Dalat
DALAT: Kerajaan Sarawak membantu seramai 470 penduduk miskin melalui Projek Kecil Luar Bandar-Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) sejak 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM6.47 juta untuk penerima projek MRP-PPRMS terbabit. “Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat, […]
Pantau anak kecil guna gajet
MALUDAM: Ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet bagi mengelakkan anak-anak terdedah kepada kandungan negatif. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini termasuk kandungan berkaitan penipuan dalam talian. “Segala pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai harus dikawal sejak kecil,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska […]
Gotong-royong kempen premis makanan bersih
SPAOH: Majlis Daerah Betong menganjurkan Kempen Premis Makanan Bersih Tahun 2025 di Gerai Bumiputera Spaoh. Kempen disusuli aktiviti gotong-royong melibatkan penjaja, pengunjung serta pegawai Majlis Daerah Betong di kawasan gerai terbabit. Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu menegaskan bahawa usaha sebegini seharusnya dijadikan budaya berterusan dan amalan harian dalam kalangan peniaga. “Premis makanan yang […]
217 kes jangkitan HIV pada 2024, perlukan perhatian serius
KUCHING: Bahagian Kuching mencatat 74 kes atau 34.1 peratus daripada keseluruhan 217 kes jangkitan HIV baharu sepanjang tahun 2024. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kadar jangkitan itu di negeri ini memerlukan perhatian seirus memandangkan kes terbabit kini mencecah 8.62 kes bagi setiap 100,000 penduduk. “Selain Kuching, beberapa bahagian lain turut menunjukkan angka […]
