Category: Umum

Gadis Seman pemain terbaik pertandingan melastik Kampung Melango

SARATOK: Seramai 76 peserta menyertai Pertandingan Slingshot (Melastik) anjuran Melango Slingshot Team (MST) Saratok di Kampung Melango, di sini. Pertandingan sukan tradisional itu dirasmikan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi. Bagi pertandingan itu kategori lapan meter, Osman Mansur muncul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 beserta hamper, […]

Kompleks Sukan Sebauh mercu tanda baharu di Bintulu

SEBAUH: Pembinaan Kompleks Sukan Sebauh dijangka siap pada Julai 2026. Kompleks terletak di kawasan seluas 12.795 ekar (5.178 hektar) akan dilengkapi litar balapan sintetik, padang bola sepak bertaraf FIFA, grandstand, serta pelbagai fasiliti olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru, dan merejam lembing. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Sri Dr Stephen Rundi […]

Rumah JKKK Kampung Pasir Pandak jadi pusat pentadbiran kampung

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Pandak kini mempunyai rumah sendiri yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran kampung. Rumah baharu dibina dengan RM150,000 itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi hari ini. Menurut Dr Abdul Rahman, rumah itu […]

Kursus pendedahan AI bagi masyarakat Petra Jaya

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta meningkatkan ilmu dan kemahiran pengunaan Kecerdasan Buatan (AI) kepada masyarakat di kawasan Petra Jaya khususnya. Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini kerana masyarakat perlu mengetahui bagaimana teknologi itu boleh disalahgunakan bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa scam atau penipuan […]

Tindakan tegas terhadap peniaga abai kebersihan, kualiti makanan Bazar Ramadan

SIBU: Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga Bazar Ramadan yang tidak menjaga kebersihan dan kualiti makanan. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee menegaskan peniaga harus menjaga kebersihan bagi memastikan keselamatan pengguna sepanjang Ramadan ini. Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan makanan dan tindakan tegas boleh diambil […]

Jalan Bajau-Kupang memudahkan penduduk ke Saratok

SARATOK: Pembinaan Jalan Bajau-Kupang di sini diharap dilaksanakan mengikut tempoh dimeterai dalam kontrak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek itu dijangka siap September 2027. Katanya, skop projek termasuk menurap jalan kepada piawaian JKR R2 (16.9 kilometer) dan R1 (3.0 kilometer), sistem saliran jalan, lima jambatan dan lain-lain serta telah diserahkan tapak […]

Masjid, surau DUN Kuala Rajang terima dana

SARIKEI: Dana berjumlah RM71,000 diserahkan kepada masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh menyampaikan dana terbabit kepada wakil-wakil masjid dan surau. “Ini termasuk Masjid Nur Permai di Jalan Permai, Sarikei,” […]

Pembinaan Wisma Melayu Sarawak capai 85 peratus siap

KUCHING: Wisma Melayu Sarawak yang masih dalam pembinaan dijangka belum dapat disiapkan dalam masa terdekat. Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembinaan wisma tersebut yang menampilkan reka bentuk unik tengkolok kini telah mencapai tahap kemajuan sebanyak 85 peratus. “Saya mahu […]

Tidak ada kompromi ketidakpatuhan, projek lewat

KUCHING: Ketua jabatan dan agensi di bawah perkhidmatan awam Sarawak digesa memantau rapi pelaksanaan projek Kerajaan Sarawak. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, mereka mesti memantau setiap projek secara berkala dan teliti dari aspek kemajuan fizikal dan kewangan supaya disiap mengikut tempoh ditetapkan. “Kita tidak harus berkompromi terhadap sebarang kelewatan, ketidakpatuhan […]