Category: Umum

Bahagian Sri Aman catat penerima tertinggi Sejambak Kasih Gawai

DEBAK: Seramai 24,101 penerima bantuan kebajikan di Sarawak akan menerima sumbangan Sejambak Kasih Gawai Dayak tahun ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, sumbangan itu sebanyak RM100 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak. Katanya, Bahagian Sri Aman merekodkan seramai 4,359 penerima sumbangan itu dan tertinggi tahun ini. […]

Sarawak perkenal kursus baharu, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembinaan

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkasakan pendidikan dengan memperkenalkan kursus baharu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Pengurusan Pembinaan), kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kursus tersebut ditawarkan di unversiti milik kerajaan untuk melahir lebih ramai modal insan dalam industri pembinaan dan pengurusan binaan. “Kursus tersebut adalah satu disiplin baharu untuk melahir […]

Isu Petros, Petronas: Tunggu dalam masa dua tiga hari – Premier

KUCHING: Kerajaan Persekutuan yang mengiktiraf Petros sebagai agregator tunggal gas di Sarawak akan membincangkan perjanjian komersial merangkumi penambahan pegangan dalam LNG, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dokumen persetujuan antara Petronas dan Petros sudah ada dan tunggu dalam masa dua tiga hari lagi untuk mendapat keputusan sebenarnya. “Ini adalah […]

Tunjukkan sikap prihatin terhadap pemegang tongkat putih

SARATOK: Program Mobiliti Bersama Tongkat Putih diyakini mampu memberi kesedaran orang awam terhadap golongan cacat penglihatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penganjuran itu untuk memberi pendedahan kepada orang ramai supaya bersikap prihatin mendekati golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) menggunakan tongkat putih. “Penganjuran program oleh Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan […]

Pesta Agro Pakan dedah pertanian moden pada petani luar bandar

PAKAN: Pesta Agro Pakan menjadi platform dalam memperkenalkan pendekatan dan teknologi pertanian moden kepada petani luar bandar. Menteri Industri Makanan,Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ia turut memberi impak terhadap peningkatan pendapatan. Katanya, petani perlu mengubah paradigma lama dengan menggunakan pendekatan baharu untuk mengangkat sektor pertanian ke tahap lebih […]

Kontraktor perlu mulakan kerja lapangan dalam tempoh 30 hari selepas terima LOA

SRI AMAN: Kontraktor yang telah menerima Surat Lantikan (LOA) diingatkan agar memulakan kerja-kerja lapangan dalam tempoh 30 hari dari tarikh LOA. Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi semasa lawatannya ke Agensi Pembangunan Sri […]

Status jalan kampung di Sarawak bakal dinaik taraf, kertas kabinet dirangka

BINTULU: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak sedang merangka satu kertas kabinet bagi menaik taraf status jalan kampung kepada jalan negeri. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana bagi jalan kampung, kos penyelenggaraan hanya sekitar RM1,000 bagi setiap kilometer (km). “Tapi kalau jalan […]

Wanita Parti PBB Kpg Punang anjur pertandingan memancing ikan

LAWAS: Pertandingan memancing ikan kategori wanita terbuka anjuran Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Punang berjaya menarik seramai 95 penyertaan. Ia sekali gus mencerminkan sambutan hangat masyarakat terhadap acara berunsur tradisional dan rekreasi. Menariknya, pertandingan ini turut mengetengahkan tema pakaian tradisional, menjadikannya lebih meriah dan unik berbanding acara seumpamanya sebelum ini. Menurut Ketua […]

Setiausaha Politik Premier Sarawak buat laporan polis

KUCHING: Sekumpulan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak membuat laporan polis atas satu hantaran di media sosial berunsur penghinaan terhadap Premier Sarawak di Balai Polis Satok, Jalan Nagor, di sini, hari ini. Abdul Samad Gany yang mengetuai kumpulan itu berkata, laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook atas nama “Mike Rain”. “Hantaranya mengandungi kenyataan-kenyataan yang menghina […]