TOULOUSE: Kerajaan Sarawak mengorak langkah dalam usaha membangunkan industri aeroangkasa negeri itu menerusi kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia, Airbus. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hasil lawatan rasmi ke ibu pejabat Airbus membuka ruang kepada enam bidang utama yang dipersetujui untuk diteroka bersama ke arah menjadikan Sarawak sebagai […]
Kumpulan Gelinang Seni Warisan Kpg Rajang serikan majlis keramaian
TANJUNG MANIS: Mungkin generasi sekarang kurang mengenali lebih mendalam alat muzik tradisional yang dikenali gelinang. Secara tradisi, alat muzik gelinang diguna untuk menyambut tetamu pada majlis keramaian dan perkahwinan untuk memeriahkan sesuatu majlis. Malah, bunyi gelinang menjadi hiburan tat kala sunyi. Alat muzik ini dimainkan bukan dengan nota bertulis atau latihan rasmi, tetapi dengan rasa, […]
Akaun EFS: 139,925 anak Sarawak dapat manfaat
KUCHING: Seramai 139,925 anak Sarawak yang dilahir dari 1 Januari 2019 hingga 31 Mac 2025 memiliki akaun Endowment Fund (EFS) dengan jumlah peruntukan RM139 juta daripada Kerajaan Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bagi tahun 2024, jumlah kelahiran (status ‘K’) adalah seramai 29,413 dengan permohonan EFS diterima 21,221 […]
Promosikan Pasar Gawai Dayak di media sosial
BINTULU: Komuniti Dayak perlu lebih agresif mengunakan media sosial bagi mempromosi acara Pasar Gawai Dayak anjuran mereka. Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol berkata media sosial terbabit seperti Facebook dan TikTok yang boleh menjadi alat promosi. “Ini penting agar masyarakat umum tahu dan hadir memberi sokongan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pasar […]
Agih pelaburan AWS ke Sarawak
KUCHING: Pengagihan sebahagian daripada jumlah pelaburan RM29.2 bilion Amazon.com Inc – Amazon Web Services (AWS) ke Sarawak akan mempercepatkan transformasi digital negeri ini menjelang 2030. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pelaburan AWS bernilai RM29.2 bilion di Malaysia sehingga 2038, wajar diagihkan ke Sarawak. Ini disebabkan Sarawak hampir menyamai keluasan Semenanjung Malaysia, […]
Pesta Pantai Kampung Nelayan Batu Mandi berupaya tarik pelancong
BINTULU: Pesta Pantai Kampung Nelayan Batu Mandi mampu menjadi pemangkin pertumbuhan sektor pelancongan di Similajau. Pesta terbabit julung kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Nelayan Batu Mandi dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Adventure Borneo dan disokong Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak […]
PPWS berjaya lahirkan wanita berdikari – Nancy
KUALA LUMPUR: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) membuktikan keupayaan luar biasa dalam memperkasakan wanita di Sarawak sejak penubuhannya pada 1962. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini khususnya melalui pelbagai program latihan, kepimpinan dan keusahawanan yang menyasarkan wanita pelbagai peringkat usia dan latar belakang, termasuk dari kawasan luar bandar. “Melalui […]
James Ritchie seorang sahabat berjiwa besar, tekun – TYT
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi memberi penghormatan terakhir kepada wartawan veteran, mendiang James Ritchie di Gereja St. Thomas, Kuching. Ketibaan TYT dan isteri sekitar jam 10:05 pagi disambut oleh balu serta anak mendiang dalam suasana hiba. TYT dan […]
Rundingan isu Petronas-Petros sedang berjalan, libatkan pelbagai pihak
KUCHING: Penyelesaian rundingan antara Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dengan Petrolium Sarawak Bhd (Petros) berhubung minyak dan gas sedang berjalan dan perlu dicapai secara menang-menang. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, dalam mencari penyelesaian rundingan itu, Premier Sarawak lebih kepada mencari kaedah menang-menang dan bukannya dalam kerangka lingkungan perlembagaan. “Semua penyelesaian rundingan itu melibatkan […]
Premier Sarawak saksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama AIROD & SATYS
TOULOUSE: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama di antara AIROD dan SATYS di Courtyard Marriott di sini pada petang semalam waktu tempatan. Majlis ini dimuktamadkan dengan upacara pertukaran dokumen rasmi antara Datuk Firhad Uzir Abdul Rahim bagi pihak AIROD dan Christopher Cador selaku Ketua Pegawai […]
