Category: Umum

Sarawak mahu tambah kontraktor Bumiputera berdaftar

SIBU: Sarawak mempunyai seramai 2,271 orang kontraktor Bumiputera dari Kelas E dan D yang berdaftar setakat 20 Jun 2024. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ). “Daripada 2,271 orang, terdapat 599 kontraktor dari Zon Tengah (Sibu: […]

Pembudayaan STEM lahirkan generasi berkemahiran, kuasai teknologi AI

KUCHING: Karnival Eksplorasi Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) N8 Satok menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran belia dan anak muda negara dalam aliran sains. Karnival STEM edisi kedua yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang di sini, berjaya menarik minat kira-kira 2,000 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi awam […]

Pesta Ngiling Bidai pamerkan kepelbagaian kaum

MUKAH: Pesta Ngiling Bidai Peringkat Mukah 2024 yang julung kali diadakan diharap dapat memupuk perpaduan dalam kalangan warga Mukah. Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, pesta terbabit berkonsepkan Perarakan Kebudayaan warga Mukah mempersembahkan kepelbagaian budaya dimiliki rakyat Sarawak. Katanya, peserta yang ngambil bahagian terdiri dari pelbagai kaum termasuk […]

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bergerak pantas seiring keperluan semasa

KUCHING: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa bangga dengan perkembangan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang bergerak seiring dengan keperluan semasa. Titah baginda, era globalisasi dan revolusi industri 4.0 mendorong kepada inovasi serta kreativiti yang berlaku dengan pantas terutamanya dalam kalangan generasi muda. “Alhamdulillah, kita telah berjaya membawa perubahan positif ke dunia […]

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak setiap negeri dinaik status jabatan

KUCHING: Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak di setiap negeri termasuk Sarawak dinaikkan status sebagai sebuah jabatan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usul menukar status tersebut telah dicadangkan dan masih dalam perancangan. “Bagaimanapun, Bahagian Kanak-Kanak bakal menjadi Jabatan Kanak-Kanak namun masih di bawah naungan kementerian,” katanya. Beliau berkata demikian selepas […]

Sultan Selangor, Permaisuri berkenan berkunjung ke RWMF

KUCHING: Demi Kitaro, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berkunjung ke Kuching untuk menyaksikan pemuzik lagenda itu membuat persembahan di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF). Baginda berdua tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam […]

Sarawak, Brunei bincang pembukaan STATOB

KUCHING: Pejabat Sarawak Trade and Tourism Office Brunei (STATOB) akan dibuka di Bandar Seri Begawan, Brunei tidak lama lagi. Ini dibincangkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Seri Setia Awang Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof. Menteri dari Brunei itu mengadakan kunjungan […]

Galakkan pelajar sekolah dalam bidang sains angkasa lepas

BINTULU: Guru besar dan pengetua diharap bekerjasama mengadakan program Jerayawara Sahabat Astronomi Planetarium Sultan Iskandar di sekolah negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata ini untuk menggalak penglibatan pelajar mereka dalam bidang sains angkasa lepas. “Saya berharap agar program seperti ini diadakan secara konsisten dan kerjasama guru besar dan pengetua dari […]

Laporkan salah laku projek kepada pihak berwajib

SPAOH: Pemimpin masyarakat digesa melaporkan sebarang pelaksanaan projek tidak mematuhi peraturan di kawasan masing-masing kepada pihak berwajib. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemimpin masyarakat setempat hendaklah melaporkannya segera jika mendapati pelaksanaan projek terbabit lemah atau dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi. “Ini penting bagi menjamin semua projek dilaksanakan berdasarkan spesipikasi dan mengikut jadual,” […]