KUCHING: Sarawak dijangka dapat menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selepas suku kedua atau ketiga tahun depan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini proses pengambilalihan sedang dilaksanakan Kerajaan Sarawak. “Saya jangka (proses pengambil alihan selesai) suku kedua atau suku ketiga, tahun depan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian […]
Ucapan Krismas pada kek tidak harus dijadi isu, ganggu gugat keharmonian kaum
KUCHING: Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menyifatkan isu larangan ucapan Krismas pada kek tidak seharusnya timbul susulan ia boleh mencetuskan perbalahan dalam kalangan rakyat. Menyokong pendirian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung isu itu, Fazzrudin turut menempelak pihak yang melarang ucapan Krismas pada kek dan mengingatkan bahawa isu […]
Selangau berpotensi sebagai pusat pengeluaran kopi
SELANGAU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan akan menjemput pakar pertanian bagi mengkaji kesesuaian DNA kopi dengan keadaan cuaca di negeri ini. Beliau berkata, salah satu daripada kawasan kemungkinan sesuai untuk dibangunkan ladang kopi di negeri ini ialah Selangau. Selangau yang memiliki kawasan tanah luas dan subur boleh menjadi pusat […]
Waspada penularan semula Covid-19
KUCHING: Rakyat di negeri dinasihat berwaspada dengan penularan semula wabak Covid-19 lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Krismas nanti. Gesaan itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki sambil menyarankan kepada orang ramai untuk menggunakan semula pelitup muka terutama di tempat sesak demi keselamatan sendiri. “Kita harus sentiasa berjaga-jaga kerana kita tidak tahu […]
Kebajikan kumpulan sasar diutama sempena musim perayaan
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengajak semua pihak membantu meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan itu boleh dihulurkan khusus kepada pesakit kanser yang memerlukan sokongan kuat dari segi moral dan psikologi serta emosi dalam membantu mereka menjalani kehidupan harian. Tanggungjawab sosial korporat […]
Peluang dagangan UK, Sarawak terbuka luas
LONDON: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berkunjung ke United Kingdom (UK) semalam menemui anggota Parlimen dan Pengerusi Majlis Perniagaan dan Pelaburan Komonwel, Lord Jonathan Peter (Lord Marland) di sini. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak bertukar-tukar idea dengan Lord Jonathan mengenai perkara yang mempunyai kepentingan […]
Jambatan Batang Saribas
Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Saribas rancak dilaksanakan. Jambatan sepanjang 1.55 kilometer (km) itu dibiayai Kerajaan Sarawak pimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Jambatan itu dijangka siap pada 2024. Jambatan tersebut mula dibina 3 Jun 2019 namun pelaksanaannya tertangguh susulan Covid-19. Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan giat dijalankan, […]
RM15 juta bagi program EFS tahun depan
KUCHING: Sarawak memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan program Endowment Fund Sarawak (EFS) pada tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah sehubungan itu berterima kasih kepada Premier Sarawak yang mengumumkan peruntukan itu dalam Bajet 2024. “Setakat 30 November 2023, seramai 104,804 anak Sarawak telah memiliki akaun EFS dengan jumlah peruntukan […]
Gagal siapkan projek, Jambatan Rambungan ditender semula
KUCHING: Kontraktor asal projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan dekat sini telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai langkah melantik kontraktor baharu atau penyelamat bagi menyiapkan projek terbabit. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, projek itu yang dikategorikan antara projek sakit di negeri ini, kini dalam proses tender semula. “Kerajaan Sarawak memandang serius usaha […]
MWKS tubuh jawatankuasa bantu mangsa gangguan seksual
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) menzahirkan rasa gembira atas peningkatan kesedaran tentang keganasan dan gangguan seksual di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Menteri KPWKK, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, hasil peningkatan kesedaran itu, banyak laporan telah dibuat dan pelakunya didakwa. Bagaimanapun, usaha memerangi jenayah terbabit baru bermula dan lebih banyak […]
