KUCHING: Program Jom Masuk U Zon Sarawak 2024 amat relevan dalam membantu pelajar membuka mata terhadap pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT). Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana banyak kursus pengajian ditawarkan di peringkat IPT untuk dirujuk dan dapatkan khidmat nasihat terus dari IPTA atau IPTS […]
Rangkaian 5G dilaksana mulai 15 Jun depan
KAPIT: Penduduk di sini, akan menerima manfaat menerusi pemasangan capaian rangkaian 5G pada 15 Jun depan. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menjalankan kerja-kerja awal membawa fasiliti dari Kuala Lumpur ke bandar ini. Katanya, DNB akan memasang 5G di atas menara Majlis Daerah Kapit (MDK) dan akan diselaraskan […]
Kongsi budaya dan tradisi kaum Dayak kepada dunia
SPAOH: Sambutan Gawai Dayak yang akan datang menjadi platform mempamerkan kekayaan budaya dan tradisi kaum Dayak kepada dunia. Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu usaha dipergiatkan lagi bagi mendedahkan warisan ini kepada orang ramai. Oleh itu katanya, usaha harus dilakukan untuk mengekalkan tradisi lisan seperti ‘Biau’ (nyanyian berkat), ‘Renung’ (kepercayaan […]
Mutang tokoh berjiwa rakyat, banyak berjasa kepada Sarawak – Premier
MIRI: Sarawak telah kehilangan tokoh yang banyak berjasa kepada negeri ini dan Malaysia susulan pemergian mantan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, Jumaat lalu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyifatkan mendiang sebagai tokoh berjiwa rakyat dan berprinsip. Katanya, mendiang juga sangat memperjuangkan perpaduan erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan […]
MYSED sokong persatuan sukan anjur kejohanan bertaraf dunia di Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyokong mana-mana persatuan sukan untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di negeri ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada kesanggupan persatuan sukan untuk membawa penganjuran bertaraf dunia ke negeri ini. “Kita akan terus menyokong penganjuran seperti ini. Kalau mereka […]
Misi rampas kejuaraan SUKMA
BINTULU: Sarawak perlu memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah untuk merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 selepas kali terakhir dinobatkan juara pada 30 tahun lalu. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kali terakhir Sarawak menjadi juara temasya sukan dwitahunan itu pada 1994 dan kini peluang itu kembali […]
GPS akan usul cadangan kepada SPR semakan semula kawasan DUN
KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengusulkan beberapa pandangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung semakan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak SPR pada tahun ini. “Mungkin tahun ini akan ada semakan semula konstituensi di Sarawak. […]
Dr. Wan Junaidi beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Senator Datuk Mutang Tagal di Nirvana Centre, Kuala Lumpur pada hari ini. Ketibaan beliau bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi pada jam 11.30 pagi disambut isteri mendiang, Datin Ho May Leng serta anak-anaknya. Dr. Wan […]
Azerbaijan mahu jadikan Sarawak rakan kongsi
KUCHING: Azerbaijan melihat Sarawak sebagai antara negeri terpenting dari sudut pembangunan ekonomi di rantau ini dan berminat untuk menjadi rakan dagangannya. Menurut Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov, Sarawak dan Azerbaijan juga berpotensi untuk menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan, hubungan kewangan, bidang kebudayaan dan pelbagai lagi. “Sarawak merupakan antara negeri terpenting dari sudut pembangunan […]
Saya kehilangan sahabat karib – Henry Sum Agong
LAWAS: Pemergian Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal di Kuala Lumpur hari ini amat menyedihkan masyarakat Lun Bawang. Ini termasuk Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong yang juga sahabat karib mendiang. “Beliau (mendiang) adalah sahabat karib saya dan Ahli Parlimen kedua dari kaum Lun Bawang bagi kerusi Parlimen Bukit Mas yang kini dikenali […]
