Kampus baharu KPM Kapit dijangka siap 2029
KAPIT: Projek pembinaan kampus baharu Kolej Profesional MARA (KPM) Kapit di sini dijadual siap pada 5 Disember 2029. Tarikh serah milik tapak projek itu di Jalan Song-Kapit, 15 kilometer (km) dari sini adalah pada 15 Jun lalu dan projek secara kontrak bidaan terbuka itu berjaya menjimatkan peruntukan asal. Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen […]
TYT, Premier Sarawak serikan Majlis Jamuan Teh Hari Keputeraan Agong
LIMBANG: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyerikan Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak di Dewan Suarah Limbang, di sini hari ini. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah […]
TYT hadiri Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
LIMBANG: Majlis Kesyukuran Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak diadakan di Masjid Jannatul Firdaus, di sini, malam tadi. Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) […]
Bangunan baharu SMK Sri Sadong sediakan suasana pembelajaran kondusif
SIMUNJAN: Bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sadong bernilai RM28.7 juta kini siap sepenuhnya dan sedia digunakan pelajar serta guru. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, projek pembinaan semula sekolah itu merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dan siap 16 Mei lalu. “Bangunan baharu ini dilengkapi bengkel elektronik, makmal sains, makmal komputer, studio reka […]
Peruntukan RM100 juta baik pulih jalan rosak di Baram, naik taraf 27 jambatan
MIRI: Sebanyak RM100 juta diperuntuk bagi membaik pulih jalan rosak di pedalaman Baram, manakala kerja menaik taraf 27 jambatan akan dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek rintis telah dimulakan 24 Jun lalu bagi menilai keadaan jalan bekas pembalakan, namun pendekatan sebelum ini kurang berkesan. […]
Kerjasama semua pihak bantu lancarkan projek RADDA
MUKAH: Mukah dilihat berpotensi untuk dibangun sebagai hab keterjaminan makanan menerusi pengukuhan sektor perikanan di bawah pelaksanaan projek Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA). Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, inisiatif itu seiring dengan usaha kerajaan untuk merangsang pembangunan luar bandar yang mampan dan menyeluruh di wilayah Delta Rajang. “RADDA ditubuh untuk mempercepatkan transformasi […]
Rakyat Sarawak berhak dapat perkhidmatan kesihatan tinggi
KUCHING: Rakyat Sarawak berhak menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf tinggi, menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Katanya, penyediaan penjagaan kesihatan bertaraf tinggi tidak seharusnya ditentukan oleh lokasi geografi seseorang. Malah katanya, Kerajaan Sarawak beraspirasi untuk menjadikan sistem kesihatan wilayah ini inklusif dan saksama, khususnya bagi komuniti luar bandar dan pedalaman. “Matlamat kita […]
Sistem pengurusan bantuan kebajikan 2.0 baharu canggih, ganti eBantuan JKM
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam usaha membangunkan satu sistem pengurusan bantuan kebajikan yang baharu dan lebih canggih dikenali SPBK 2.0. Sistem itu bakal menggantikan sistem sedia ada, eBantuan JKM menjelang akhir 2026. Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, pembangunan sistem itu merupakan antara langkah pembaharuan digital yang penting dalam sektor kebajikan, […]
Sarawak sasar capai 30 peratus kawasan hutan dilindungi menjelang 2030
BARIO: Kerajaan Sarawak komited memperluaskan kawasan hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti di negeri ini sebagai kawasan dilindungi. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, Sarawak kaya dengan biodiversiti, termasuk hutan hujan tropika tertua di dunia dan memikul tanggungjawab besar memastikan kelestarian sumber semula jadi ini. […]
DUN Negeri Sembilan lawat DUN Sarawak
KUCHING: Rombongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan mengadakan lawatan kerja dan penanda aras ke DUN Sarawak, di sini, hari ini. Lawatan tersebut diketuai Speaker DUN Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abdul Rahman serta rombongan disambut Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar. Rombongan tersebut melawat beberapa lokasi di dalam Bangunan […]
