Bersikap jujur tuntut NCR – Awang Tengah

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengingatkan rakyat supaya bersikap jujur dalam membuat tuntutan ke atas Tanah Hak Bumiputera (NCR). Beliau berkata, bersikap jujur dalam membuat tuntut ke atas tanah penting bagi mengelak pertikaian dan pencerobohan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum. Katanya, kerajaan membuka ruang kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanah […]

i-CATS, NAICO bakal meterai MoU di LIMA, kukuhkan kerjasama aeroangkasa

KUCHING: Sarawak sedang memperkukuh kedudukannya sebagai hab utama dalam industri aeroangkasa serantau dengan pelbagai inisiatif strategik yang akan membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Kerajaan negeri menerusi Kolej Universiti i-CATS dan National Aerospace Industry Corporation (NAICO) Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) tidak lama lagi bagi mengukuhkan kerjasama […]

Sarawak Delta Geopark diangkat sebagai UNESCO Global Geopark tahun hadapan – Premier

BAU: Daerah Bau berpotensi menjadi tapak geopelancongan yang makin popular dengan pengiktirafan Sarawak Delta Geopark sebagai UNESCO Global Geopark pada tahun hadapan. Nada optimis itu disuarakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sambil berkata, usaha sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Bau sebagai persiapan untuk penilaian oleh pihak […]

Usahawan Sarawak buktikan kejayaan berpaksikan semangat pantang menyerah

KUCHING: Sarawak perlu membina masa depan ekonomi yang teguh dengan menjadikan keusahawanan tempatan sebagai asas jati diri negeri yang progresif dan berdikari. Menurut Senator Dato Ahmad Ibrahim, pelancaran buku bertajuk ‘Sarawak Iconic Businesses’ itu bukan sekadar acara simbolik tetapi pengiktirafan kepada warisan dan ketekunan yang membentuk kekuatan ekonomi negeri. “Saya melihat bukti hidup bahawa perniagaan […]

Buku Sarawak’s Iconic Businessessumber rujukan generasi perniagaan

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan penerbitan buku Sarawak’s Iconic Businesses sebagai tepat pada masanya dan signifikan dalam mengetengahkan kejayaan syarikat-syarikat tempatan. Katanya, buku itu memberi gambaran menyeluruh pertumbuhan serta kejayaan perusahaan tempatan di Sarawak, sekali gus menjadi sumber inspirasi dan rujukan berguna kepada generasi akan datang. “Sarawak merupakan […]

Sabah mesti kuat seperti Sarawak, untuk tuntut hak MA63

DALAM usaha Sarawak dan Sabah menuntut dikembalikan 35 peratus kerusi Parlimen untuk kedua-dua negeri ini seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sesuatu mesti dilakukan oleh rakyat Sabah. Pertama, stabilkan politik Sabah seperti juga kekukuhan politik Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kedua, parti asal Sabah sendiri perlu kuat seperti mana Parti Pesaka Bumiputera Bersatu […]

GKCDA peruntukan RM5 juta bagi projek DUN Tanjong Datu

LUNDU: Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA)  sebagai sumber terbaharu peruntukan projek pembangunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini setelah DUN terbabit bersama sembilan DUN lain mendapat peruntukan sama rata dari GKCDA sebanyak RM5 juta bagi […]

UNIMAS wujudkan Pusat Pembelajaran dengan KGDN

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) secara rasminya mewujudkan pusat pembelajaran di China iaitu UNIMAS-KGDN di bandar Xian. Pelancaran rasmi penubuhan pusat pembelajaran itu disempurnakan oleh Naib Cancelor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit sebagai bukti komitmen UNIMAS mewujud rakan kongsi di peringkat antarabangsa. Kejayaan itu adalah hasil perbincangan berterusan dan kerjasama rapat antara UNIMAS […]

SiADR mahu perluaskan kerjasama dengan Sarawak

KUCHING: Institut Timbang Tara dan Penyelesaian Pertikaian Sarawak (SiADR) menyatakan komitmen untuk memperkukuh peranannya sebagai pusat penyelesaian pertikaian alternatif utama di negeri ini. Perkara itu dizahirkan semasa kunjungan hormat delegasi SiADR yang diketuai Pengerusinya, Datuk Yew Jen Kie ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, Petra […]