Miro Simuh umum tamatkan ‘zaman muda’ kepimpinan Pemuda Parti PBB
KUCHING: Ketua Pemuda Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Miro Simuh mengumumkan menamatkan zaman muda bersama sayap berkenaan. “Setelah 15 tahun berjuang, berolah, dan bermacam ragam dalam Pergerakan Pemuda Parti PBB, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman muda saya bersama Pemuda,” katanya. Beliau berkata demikian pada Perasmian Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti PBB […]
Selesaikan minyak, gas secara adil
KUALA LUMPUR: Rakyat Sarawak mahu penyelesaian yang adil terhadap hak minyak dan gas milik Sarawak. Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata demikian dan merayu kerajaan supaya berlaku adil kepada Sarawak. “Kami rakyat Sarawak mahu penyelesaian yang adil dan situasi menang–menang demi kemakmuran bersama,” katanya. Beliau berkata demikian ketika usul menjunjung kasih Titah Diraja […]
Pakej Kerja 11 Projek LPB di Miri siap 2027
KUCHING: Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa Satu sudah 99 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2025. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata Fasa Satu bermula dari Telok Melano ke Miri sepanjang 786 kilometer (km). “Namun bagi Pakej Kerja 11 di Miri, ia hanya akan dapat disiapkan […]
Perhimpunan Agung Ke-16: Perwakilan, pemerhati mula mendaftar
KUCHING: Para perwakilan dan pemerhati dari 82 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mula mendaftar di beberapa buah hotel terpilih di sini hari ini. Kedatangan 3,213 perwakilan dan pemerhati itu ke bandar raya ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB pada 14 hingga Februari ini. Tema perhimpunan adalah “PBB Tonggak Kestabilan, Kemajuan dan Kelestarian […]
Generasi muda harus fahami sejarah Parti PBB
KUCHING: Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terutama golongan generasi baharu perlu memahami sejarah dan tujuan penubuhan PBB. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini penting supaya generasi baharu dalam parti tidak mudah terjerumus daripada landasan parti. Katanya, PBB ialah parti politik utama di Sarawak yang berteraskan kepentingan […]
AirBorneo tidak ancam syarikat penerbangan lain
KUCHING: Syarikat penerbangan baharu Sarawak, AirBorneo tidak akan mencetus ancaman kepada syarikat penerbangan sedia ada, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Sebaliknya kewujudan AirBorneo akan mencetuskan persaingan sihat dalam industri penerbangan tempatan yang akan memberi manfaat kepada pengguna, katanya. “Saya tidak melihatnya sebagai satu persaingan, sebaliknya […]
Bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir disalur dalam masa terdekat
KUCHING: Bantuan RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir yang melanda Sarawak baru-baru ini akan disalurkan dalam masa terdekat, menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau memberitahu, bantuan ini nanti akan disalurkan melalui Pejabat Residen Daerah masing-masing yang mana melibatkan seramai 4,966 KIR seluruh Sarawak. Jelas beliau, bantuan […]
Tiada kenaikan harga LPG di Sarawak — PETROS
KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memberi jaminan kepada pengguna bahawa jumlah bekalan silinder LPG (gas) adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan di negeri ini. PETROS dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi menangani keadaan di Wilayah Utara, syarikat terbabit akan meningkatkan keupayaan pengangkutan LPG dari Kuching dan Teluk Sepanggar serta mewujudkan depo bagi penyimpanan tambahan di […]
1,247 guru baharu dilantik
KUALA LUMPUR: Seramai 854 calon guru asal Sarawak telah berjaya dalam Urusan Pengambilan Khas Sarawak tahun 2024 dan telah ditempatkan di sekolah-sekolah di negeri Sarawak, kata Menteri Pendidikan. Fadlina Sidek berkata, selain itu, menerusi Urusan Pengambilan Guru tahun 2024 Pasaran Terbuka, seramai 393 orang calon guru dari Sarawak turut ditempatkan di negeri ini. Jumlah keseluruhan […]
Parti PBB berjuang pertahan hak Sarawak
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus berjuang mempertahankan hak Sarawak, perpaduan dan keutuhan dengan mengambil kira perubahan yang berlaku, kata Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, perjuangan itu akan membolehkan Parti PBB kekal relevan dan menjadi tunjang kepada Kerajaan Gabungan Parti […]
