Pesta Nanas 2023 sasar jualan RM3.5 juta

SARIKEI: Jawatankuasa Induk penganjuran Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei menyasarkan jualan sebanyak RM3.5 juta pada tahun ini. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab berkata, pada tahun lalu pesta tersebut memperoleh jualan sebanyak RM3 juta. “Objektif pesta ini untuk mempromosi bahagian ini sebagai destinasi Agro Pelancongan yang kaya dengan hasil pertanian, sinonim dengan gelaran […]

Penanaman lada guna kaedah IoT bakal diperkenal di Sarawak

SERIAN: Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memperkenalkan penanaman lada menggunakan kaedah pertanian pintar menggunakan Internet Pelbagai Benda (IOT) di negeri ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ketika ini kaedah tersebut dalam tempoh percubaan dengan bekerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa pihak lain di stesen penyelidikan di […]

Sarawak catatkan RM3.72 bilion nilai eksport kayu tahun lalu

SIMUNJAN: Sarawak mencatatkan nilai eksport kayu dan barangan berasaskan kayu berjumlah RM3.72 bilion pada 2022. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ini bermakna sektor perkayuan antara penyumbang penting hasil negeri ini. Katanya, dalam tempoh 50 tahun, nilai eksport kayu dan produk kayu negara telah meningkat 33 kali ganda […]

Makmal Subfertiliti Sarawak dalam perancangan

KUCHING: Makmal Subfertiliti di Sarawak bakal diwujudkan bagi membantu memberi sinar kepada pasangan yang sukar mendapat zuriat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, makmal itu nanti akan diwujudkan dalam bangunan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) Kuching yang kini sedang dalam pengubahsuaian. “Bagaimanapun, kementerian akan berbincang terlebih dahulu bersama […]

Persefahaman, saling menghormati kunci perpaduan masyarakat Sarawak

KUCHING: Integrasi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak adalah kunci perpaduan yang membolehkan sebarang konflik dapat diuruskan secara baik. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ini kerana setiap individu mempunyai latar belakang, didikan dan perbezaan pendapat antara satu sama lain. “Disebabkan itu, apabila berlaku konflik, kita perlu menguruskannya dengan baik […]

Bantu rakyat miliki rumah, 17 projek perumahan dilaksana tahun depan

KUCHING: Sebanyak 17 projek perumahan mampu milik dilaksana tahun depan bagi membantu rakyat negeri ini selaras usaha mencapai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sejumlah RM105 juta dana diperuntukkan dalam Belanjawan Sarawak 2024 menerusi Teras Strategik Ke-11 iaitu Membanteras Kemiskinan dan Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat. “Dana itu […]

Kaedah cukai jualan minyak sawit dibincang tahun depan

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai kaedah cukai jualan minyak sawit di Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ini kerana terdapat pelbagai cukai terhadap komoditi itu dan salah satu ialah cukai jualan yang dikenakan atas buah tandan segar sawit. “Mereka (pekebun) merayu supaya dipertimbangkan cukai […]

Dalat bakal miliki Taman Agro Penanaman Nanas

DALAT: Taman Agro Penanaman Nanas bakal ditubuh di Dalat pada tahun depan sebagai usaha meningkatkan pendapatan isi rumah bagi rakyat di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 824 hektar tanah diluluskan Kerajaan Sarawak bagi membangunkan taman tersebut. “Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) mengenal pasti kawasan untuk […]

95% pekebun kecil seluruh negara dapat Pensijilan MSPO

SEBUYAU: Sebanyak 32 Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di Sarawak. Ia membabitkan 37,945 pekebun kecil dengan keluasan 213,607.51 hektar. Bagi kawasan Asajaya, sebanyak dua SPOC mendapat Pensijilan MSPO melibatkan seramai 2,645 pekebun kecil persendirian dengan keluasan 14,537.29 hektar. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri […]

Sarawak bina TEGAS Digital Core Living Nomad Lounge

KUCHING: Sarawak akan membina TEGAS Digital Core Living Nomad Lounge bagi memudahkan anak-anak tempatan mengkaji dan mencipta aplikasi baharu dalam teknologi digital. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebanyak RM71 juta telah diperuntukkan kepada Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) untuk membina fasiliti itu yang terletak bersebelahan TEGAS Digital Village […]