Sarawak jadi rantaian bekalan ekonomi global Islam

KUCHING: Permintaan barangan dan perkhidmatan halal di Sarawak dijangka meningkat dengan perbelanjaan global mencecah 2.8 trilion Dolar Amerika Syarikat (USD) menjelang 2025. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata disebabkan itu, Sarawak komited menjadi sebahagian rantaian bekalan ekonomi global Islam untuk menyediakan produk dan perkhidmatan halal. “Pada masa sama, sebagai persediaan […]

Klinik pasca gigitan haiwan ditambah, tangani wabak rabies

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak (JKS) menambah bilangan klinik pasca gigitan haiwan daripada 31 fasiliti sebelum Jun 2023 kepada 107. Klinik itu dilengkapi dengan vaksin antirabies. Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kes rabies manusia. Katanya, klinik itu termasuk 78 kemudahan […]

Pendidikan awal kanak-kanak di pedalaman, dua tadika beroperasi 2024

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui SeDidik, membina dua tadika pada tahun ini bagi memberi akses kepada pendidikan awal kanak-kanak di pedalaman. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, tadika itu ialah tadika Rumah Seliau, Selangau dan tadika Long Tebanyi, Baram yang akan mula beroperasi pada tahun depan. Menurutnya, pada tahun ini, […]

Kerajaan Sarawak peruntuk RM1.26 juta beli 30 mesin hemodialisis

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1.26 juta bagi pembelian 30 mesin hemodialisis untuk ditempatkan di 19 hospital dan klinik kesihatan kerajaan dari 2021 hingga 2023. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penambahan mesin hemodialisis ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 180 pesakit buah pinggang. Katanya, mesin hemodialisis bagi kegunaan […]

Lapan pembangunan taman agro dilulus

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan lapan lokasi untuk membangunkan taman agro di seluruh negeri. Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pembangunan kemudahan pertanian di Sg. Baji Agropark yang direka dengan sistem pertanian campuran terdiri daripada rumah hijau kemudahan dan lot pertanian terbuka telah selesai. Menurutnya, fasiliti […]

Projek perintis VPS akan dimuktamad 2024

KUCHING: PETROS akan melaksanakan projek perintis Sarawak Virtual Pipeline System (VPS), iaitu gas asli cecair (Liquefied Natural Gas – LNG) akan dihantar dari Bintulu ke bandar raya ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek itu masih dalam peringkat rundingan komersial. “Ia dijangka akan dimuktamadkan pada suku pertama 2024,” katanya. Beliau berkata demikian […]

Penggunaan air domestik lebih 35,000 liter seisi rumah sebulan akan dikena surcaj

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak melalui agensi air akan mengenakan surcaj bagi penggunaan air domestik melebihi 35,000 liter seisi rumah sebulan di negeri ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, secara purata penggunaan air domestik di Sarawak adalah 26, 880 liter seisi rumah sebulan. “Maknanya kalau penggunaan air 35,000 […]

Perkasa bidang pendidikan, RM343 juta diperuntuk

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) serius dalam usaha memantapkan sektor pendidikan di negeri ini. Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, penyaluran peruntukan sebanyak RM343 juta untuk MEITD dalam Belanjawan Sarawak 2024. Ia akan digunakan dengan berkesan melaksanakan inisiatif dan projek strategik meningkatkan kualiti pendidikan, pembangunan modal insan, serta […]