Masjid, surau Daerah Simunjan terima dana RM103,000
SIMUNJAN: Dana tahunan berjumlah RM103,000 diserahkan kepada sebanyak sembilan masjid dan 11 surau di Daerah Simunjan semalam. Ahli Parlimen Sadong Jaya, Rodiyah Sapiee menyampaikan cek dana itu ketika berbuka puasa di Masjid Darul Amilin, Kampung Tanjung Pisang di sini, semalam. Beliau juga menyampaikan sumbangan bakul makanan dan bantuan tunai kepada seramai 35 orang penerima terdiri […]
Penantian penduduk berakhir, Daro bakal dapat Klinik Kesihatan baharu
DARO: Daerah Daro akan memiliki sebuah Klinik Kesihatan serba lengkap (Jenis Empat) baharu berharga RM46.8 juta dalam masa tiga tahun akan datang. Ahli Dewan Undangan Negeri Daro (ADUN), Dr. Safiee Ahmad yang menyempurnakan Majlis Mula Kerja Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis Empat) Daro (Fasa Kedua) di Kampung Tengah, di sini berkata, Klinik Kesihatan itu akan mengakhiri […]
Ihsan Ramadan DUN Satok santuni asnaf, bantu ringankan beban
KUCHING: Jelajah Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) N8 Satok diteruskan dengan pengagihan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Darulhana Patingan, di sini, malam ini. Seramai 15 penerima terdiri daripada golongan asnaf menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai menerusi Program Ihsan Ramadan DUN Satok. Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad […]
Pengendali Bazar Ramadan wajib ambil vaksin tifoid
MUKAH: Aspek keselamatan makanan menjadi keutamaan menjelang Ramadan apabila semua pengendali makanan di bazar Ramadan diwajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid yang sah dan masih berkuat kuasa. Timbalan Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib berkata, vaksin berkenaan perlu diperbaharui setiap tiga tahun sebagai langkah pencegahan penyakit bawaan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. Menurut beliau, syarat […]
JKMS salur RM299.79 juta bantu 57,073 penerima seluruh Sarawak
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM299.79 juta kepada 57,073 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak dalam tempoh Januari hingga Disember 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menjelaskan, bagi Bahagian Kuching sahaja, sejumlah RM57.29 juta disalurkan kepada 10,883 penerima. Langkah itu katanya, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan […]
Peniaga Bazar Ramadan Pemuda Parti PBB Cawangan Simanggang dapat insentif
SIMANGGANG: Subsidi berjumlah RM20,000 disalurkan kepada penjaja Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simanggang di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata subsidi itu bagi membantu meringankan beban kos operasi sepanjang Ramadan ini. Beliau berkata, Bazar Ramadan bukan sekadar lokasi jual beli juadah berbuka puasa, malah […]
Projek baharu Pusat Tahfiz Saratok akan bermula tahun ini
SARATOK: Projek bina baharu Pusat Tahfiz Saratok bernilai RM500,000 akan dimulakan selepas proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong dan dijadual dilaksana pada tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pembinaan pusat itu dilaksanakan menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi memperkukuh pembangunan pendidikan Islam di kawasan Dewan Undangan […]
Replika Kubu Rentap tarikan baharu pelancongan – Douglas
BETONG: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM16 juta bagi pembinaan replika kubu pahlawan Iban, Rentap, di Bukit Sadok di sini. Ia sebagai usaha memperkukuh sektor pelancongan dan memartabatkan warisan sejarah negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata dana kini sedia digunakan dan berada di bawah seliaan Majlis Daerah Betong (MDB). Pembinaan projek […]
Glamping Ramadan diperkenal sempena Iftar Perdana 2.0 Tebingan Sungai Kuching
KUCHING: Pelbagai pengisian menarik disediakan Majlis Islam Sarawak (MIS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sempena program Iftar Perdana 2026 pada 7 Mac ini. Berlangsung di sepanjang Tebingan Sungai Kuching bermula di Square Tower sehingga di belakang Hotel Grand Margarita akan bermula seawal 4.30 petang. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk […]
Kipli Yasin berkhidmat 16 tahun, tinggalkan legasi besar institusi fatwa Sarawak
KUCHING: Tirai kepimpinan Kipli Yassin sebagai Mufti Sarawak bakal dilabuhkan esok, menandakan berakhirnya 16 tahun khidmat beliau menerajui institusi fatwa negeri. Sepanjang tempoh itu, beliau menekankan pendekatan sederhana serta kepekaan terhadap realiti masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak dalam setiap keputusan yang dibuat. Menurutnya, institusi fatwa tidak boleh bergerak dalam kerangka hukum semata-mata tanpa […]
