Bangunan DUN lama diubah suai, siap Jun 2027

KUCHING: Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama yang menjalani projek ubah suai sebagai pusat seni persembahan moden pertama di sini kini mencatat kemajuan kerja sebanyak 29 peratus. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkataini berada dalam jadual pelaksanaan malahan mendahului perancangan projek sebanyak 1.8 peratus. “Jabatan Kerja […]

Surau Darul Ihsan Kampung Badong siap naik taraf, demi keselesaan jemaah

DARO: Projek naik taraf Surau Darul Ihsan di Kampung Badong yang dilaksana di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) N.43 Daro siap sepenuhnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata projek membabitka kos RM80,000, sekali gus meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan jemaah. Katanya, pelaksanaan projek RTP itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam […]

Anggota PGA Briged Sarawak cipta sensor pengesan kepala air

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya membangunkan ciptaan sensor pengesan kehadiran kepala air yang mampu mengesan fenomena itu dari jarak sehingga lima kilometer (km). Komander PGA Briged Sarawak , SAC Lim Bak Phai berkata ciptaan ini dibangunkan sepenuhnya oleh anggota mereka sendiri, termasuk dari aspek coding, algoritma pengesanan dan atur cara sensor. “Sensor […]

KKM pantau rapi projek kesihatan – Hanifah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantau rapi projek Klinik Pergigian Daro, bagi memastikan tiada berlaku kelewatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, pemantauan secara rapi merangkumi di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. “Ia dilakukan melalui mesyuarat pemantauan projek, contohnya Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Igan, Ahmad […]

PAVB sokong hak petroleum Sarawak dibawa ke Mahkamah Persekutuan

BINTULU: Persatuan Anaq Va’ie Bintulu (PAVB) menyifatkan tindakan Kerajaan Sarawak membawa isu hak petroleum Sarawak ke Mahkamah Persekutuan sebagai langkah tepat. Presiden PAVB, Pandi Suhaili berkata pihaknya berikutan itu menyokong penuh keputusan Kerajaan Sarawak memfailkan petisyen ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penentuan kesahihan serta pemakaian berterusan undang-undang persekutuan berkaitan petroleum. Antaranya Akta Pembangunan Petroleum 1974, […]

TYT Sarawak terima kunjungan hormat Premier Sarawak sebelum MMKN

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman rasmi beliau di sini hari ini. Kunjungan berkenaan merupakan prosedur rasmi yang dilaksanakan secara berkala sebelum Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) diadakan selaras amalan pentadbiran serta […]

Ihya’ Ramadan semarakkan ibadah, eratkan perpaduan masyarakat

DARO: Program Ihya’ Ramadan 2026 Kampung Penasu memainkan peranan penting dalam menyemarakkan penghayatan ibadah di samping mengeratkan silaturahim masyarakat tanpa mengira latar belakang. Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penasu bersama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Darul Ikhlas itu berlangsung di dewan masyarakat kampung berkenaan, petang semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, […]

Mesyuarat HDA perkukuhkan agenda pembangunan wilayah tanah tinggi

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) Ketujuh bagi menilai kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan di wilayah tanah tinggi negeri ini. Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada kemas kini projek infrastruktur utama termasuk jalan Miri–Marudi, Marudi–Mulu (Kuala Melinau) serta laluan Long Panai–Long Lama (MMMLL) […]

Keputusan mahkamah PETRONAS–PETROS tiada kaitan dengan petisyen Sarawak – Sharifah Hasidah

KUCHING: Keputusan mahkamah melibatkan PETRONAS dan PETROS tidak menjejaskan petisyen difailkan Kerajaan Sarawak di Mahkamah Persekutuan. “Ia tidak ada kaitan dan tidak memberi kesan kepada petisyen yang kita failkan di Mahkamah Persekutuan,”menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan […]

Keluarga mangsa kebakaran rumah terima sumbangan di Kampung Sampadi

LUNDU: Dua keluarga yang kehilangan tempat berteduh dalam kebakaran dua rumah menerima sumbangan bantuan di Kampung Sampadi, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan sumbangan itu berupa barangan keperluan asas, bakul makanan serta sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka yang melibatkan seramai lapan orang […]