Jambatan Kampung Quop sedia diguna, penduduk lega

KOTA SAMARAHAN: Penduduk Kampung Quop menarik nafas lega apabila jambatan utama yang runtuh akibat kejadian tanah susur sebelum ini siap dibina semula dan sedia untuk digunakan. Projek pembinaan semula jambatan berkenaan berjaya direalisasikan menerusi sinergi erat pelbagai pihak, termasuk sumbangan berjumlah RM50,000 daripada sektor swasta serta penglibatan aktif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung […]

Jambatan Sungai Krian hadiah istimewa Aidilfitri, perjalanan lebih lancar

SARATOK: Jambatan Sungai Krian bernilai RM112.4 juta disasar dibuka kepada trafik pada 15 Mac ini, sekali gus sebagai hadiah istimewa sempena Hari Raya kepada rakyat di Betong dan kawasan sekitarnya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembukaan jambatan yang panjangnya 690 meter (m)itu sebelum Aidilfitri bakal memudahkan pergerakan harian penduduk serta merancakkan […]

Azizul Adenan dahului senarai penerima Darjah dan Pingat Kebesaran Sarawak

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan mendahului senarai 146 penerima Darjah dan Pingat Kebesaran Sarawak dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak hari ini. Beliau dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (J.B.K). Menerima darjah sama ialah ADUN Tebedu Simon […]

Sukan SEA 2027: Cadangan gunaAirBorneo sebagai penerbangan rasmi

KUCHING: Syarikat penerbangan baharu AirBorneo, menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya tiga pesawat jet. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun sasaran itu bergantung kepada pasaran penerbangan global yang ketika ini berdepan kekangan bekalan pesawat sama ada untuk pembelian atau sewaan. “Kerajaan negeri berharap memperoleh sekurang-kurangnya sebuah pesawat jet […]

Irwan perjelaskan isu wang ihsan Petra Jaya, proses dibuat ikut tindakan sewajarnya

KUCHING: Pengagihan wang ihsan kepada 219 pemilik rumah yang terjejas akibat projek pembetungan di kawasan Petra Jaya dibuat berdasarkan penama pemilik ketika data dikumpul Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) selepas peruntukan dilulus Oktober 2022. Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ir Irwan Zulkarnain Dato Muhammad Hasbie berkata, peruntukan itu direalisasikan hasil usaha Ahli Parlimen […]

Kedudukan strategik jadikan Sarawak hab semikonduktor negara

KUCHING: Sarawak bersedia mengorak langkah sebagai pemain penting dalam industri semikonduktor negara, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata, ini kerana Sarawak mempunyai hasil kelebihan strategik dari segi tenaga, lokasi dan ekosistem pelaburan. “Malah, kedudukan geografi Sarawak strategik serta kestabilan bekalan tenaga hijau menjadikan negeri ini menjadi destinasi berpotensi bagi […]

282 permohonan kewarganegaraan anak penduduk Sarawak sejak 2024

KUCHING: Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) di bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak yang bermesyuarat hari ini menerima 183 permohonan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, permohonan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak. “Ini mengikut kategori iaitu anak tak sah […]

Pejabat Konsulat Singapura di Kuching beroperasi pertengahan 2026

KUCHING: Pejabat Konsulat Singapura di Kuching disasarkan beroperasi selewat-lewatnya menjelang pertengahan tahun ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon yang berkata, penubuhan tersebut bagi memperkukuh hubungan rakyat serta meningkatkan kerjasama ekonomi dan pelancongan antara kedua-dua negara. Katanya, Kerajaan Malaysia memberi kelulusan kepada Singapura pada November tahun lalu untuk menubuhkan […]

Pejabat Konsul Singapura akan dibuka di Sarawak dalam masa terdekat

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Vanu Gapola Menon di kediamannya di sini, hari ini. Kunjungan Vanu bagi memaklumkan mengenai perancangan untuk mewujudkan pejabat konsul Singapura di Sarawak. Difahamkan, Pejabat […]

Wanita Parti PBB Cawangan Bukit Saban didedah kursus pengendalian makanan

SPAOH: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan di Dewan Masyarakat Spaoh di sini, hari ini. Kursus dihadiri 56 peserta itu bertujuan memperkasa golongan wanita melalui pengetahuan keselamatan makanan serta membuka peluang keusahawanan dalam bidang berkaitan. Program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Yahos School of Skills, merangkumi pendedahan teknik […]