Anjung usahawan medan lahirkan usahawan kecil Bumiputera
LAWAS: Pembinaan anjung usahawan di beberapa kawasan di sini, termasuk Sundar menjadi landasan melahirkan ramai usahawan yang berdaya saing. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia merupakan usaha Kerajaan Sarawak membantu rakyat memanfaatkan sumber sedia untuk dipasarkan kepada pelanggan. “Anjung usahawan diwujudkan bagi menyediakan kemudahan yang lebih kondusif dan tersusun kepada […]
140 asnaf terima sumbangan bakul makanan
JEMORENG: Seramai 140 penerima terdiri daripada golongan asnaf di kawasan Jemoreng menerima sumbangan bakul makanan di sini, semalam. Program tersebut anjuran Pusat Khidmat PBB N44 Jemoreng. Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya. Menurutnya, program ini merupakan salah […]
Perjumpaan rutin Premier, Ahli Parlimen GPS menjelang sidang Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meghadiri sesi perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah hotel di sini, pada malam ini. Sesi perjumpaan Premier yang juga Pengerusi GPS itu merupakan perjumpaan rutin setiap kali persidangan Parlimen diadakan. Persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen Ke-15 […]
Kenaikan elaun KMKK bukti Sarawak hargai pemimpin akar umbi
DALAT: Kenaikan elaun bulanan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) membuktikan penghargaan Kerajaan Sarawak terhadap peranan pemimpin di peringkat akar umbi. Elaun sebanyak RM400 itu berkuat kuasa 1 Januari lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kenaikan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak terhadap kebajikan serta […]
Samarahan Boulevard simbol baharu pembangunan bandar moden
SAMARAHAN: Samarahan Boulevard dirancang sebagai ruang awam utama yang bakal menjadi simbol baharu pembangunan bandar serta lokasi untuk acara besar di kawasan itu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek ini dijangka mengubah wajah Samarahan menjadi lebih moden dan teratur. “Ia adalah sebahagian daripada visi panjang untuk […]
Pekan Trusan bakal muncul sebagai penempatan moden
LAWAS: Kerajaan Sarawak merancang pembangunan semula Pekan Trusan bagi menjadikannya sebuah penempatan moden yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif tersebut merupakan langkah jangka panjang bagi memperkasa pembangunan bandar kecil di utara Sarawak. “Perancangan pembangunan memberi keutamaan kepada penyediaan kediaman berkualiti, peningkatan kemudahan […]
Samarahan bakal miliki taman berteraskan alam semula jadi
SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak merancang untuk menjadikan lebih 1,000 ekar tanah berhampiran Samarahan Boulevard sebagai kawasan hijau kekal. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kawasan tersebut akan dibangunkan menjadi sebuah taman bandar yang luas dan berteraskan alam semula jadi. “Projek ini adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak […]
Inisiatif DUN Satok agih sumbangan keperluan pelajar Kembali Ke Sekolah
KUCHING: Program Kembali Ke Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok Tahun 2026 diteruskan dengan penyerahan kepada 105 murid sekolah rendah menerusi program berkenaan di sini, hari ini. Bilangan tersebut adalah sebahagian daripada 562 pelajar dari enam sekolah di kawasan DUN Satok menerima sumbangan barangan keperluan pelajar sekolah. Penerima terdiri daripada SK Merpati Jepang, SK Combined, […]
‘Call Before You Dig’ inisiatif keselamatan SEB
KUCHING: Kontraktor dan pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan dan penggalian di kawasan yang mempunyai kabel elektrik bawah tanahdinasihat supaya memberitahu Sarawak Energy Berhad (SEB) terlebih dahulu. Ketua Pegawai Eksekutif SESCO, Lau Kim Swee berkata, langkah itu bagi membolehkan pihaknyamenghantar pasukan ke tapak projek untuk mengenal pasti lokasi dan laluan kabel bawah tanah, sekali gus […]
Peruntukan RM150 juta dilulus bina pusat astronomi di Sarawak
KUCHING: Jabatan Mufti Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS akan bekerjasama bagi membangunkan sebuah pusat astronomi di negeri ini. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebanyak RM150 juta diluluskan untuk membangunkan pusat berkenaan dalam usaha melahirkan tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa. “Kabinet Negeri pagi tadi bersetuju memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi […]
