Usul 17 kerusi DUN baharu: Hormati keputusan DUN Sarawak- Abdul Karim

KUCHING: Cadangan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka tidak dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13. Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Ia susulan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 masih belum mendapat pengesahan Dewan Rakyat. “Parlimen sudah […]

Penambahan kerusi baharu DUN Sarawak perlu diberi keutamaan

KUCHING: Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa muktamadkan secepat mungkin segala proses penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata ini kerana cadangan penambahan kerusi ini bukan perkara baharu. “Ia melalui proses […]

Projek SSTR Pakej A1-B bakal cipta sejarah

KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Jalan Utama Kedua Sarawak (SSTR) Pakej A1-B merupakan satu lagi pencapaian penting kerana menjadi jalan berkembar empat lorong bertingkat pertama yang dibina di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, SSTR Pakej A1-B itu akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kesalinghubungan, mobiliti dan pertumbuhan sosioekonomi negeri. “Projek itu […]

Majlis Seni Sarawak satukan kepelbagaian kaum, dokumentasikan warisan asli

KUCHING: Majlis Seni Sarawak (MSS) berperanan penting sebagai agen penyatuan dan perpaduan budaya bagi 34 suku kaum di Sarawak. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata suku kaum terbabit memerlukan pendekatan inklusif bagi memastikan setiap komuniti merasakan warisan mereka dihargai dan dipelihara. Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh […]

MSS hargai peranan media sebagai rakan strategik

KUCHING: Majlis Seni Sarawak (MSS) menzahirkan penghargaan terhadap peranan media sebagai rakan strategik. Ketua Pegawai Eksekutif MSS Dr. Suffian Jalet berkata, ini kerana media turut memainkan fungsi penting dalam memperkukuh pembangunan seni, budaya dan industri kreatif di Sarawak. Menurutnya, ini sejajar dengan usaha menjadikan Sarawak sebagai hab seni bertaraf antarabangsa. “Media bukan lagi sekadar saluran […]

Kerajaan tidak pandang remeh isu NCR – Awang Tengah

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak tidak pernah memandang remeh isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar ll berkata, kerjasama penuntut tanah adalah kunci utama dalam mempercepatkan dan menjayakan proses penyukatan pengukuran tanah NCR. “Ini adalah bukti nyata, bukan […]

Dasar, inisiatif dilaksana persediaan hadapi status negeri tua menjelang 2028

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda penuaan aktif sebagai persediaan menghadapi status negeri tua menjelang 2028, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah. Katanya, ini menerusi pelaksanaan pelbagai dasar, inisiatif dan perkhidmatan yang menumpukan kepada kesejahteraan, kesihatan serta kualiti hidup warga emas. Beliau berkata, pendekatan tersebut bertujuan memastikan warga emas […]

Kerajaan rancang bina loji air tambahan, bekalan air stabil menjelang 2030

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak sedang mengenal pasti beberapa lokasi baharu untuk pembinaan loji rawatan air tambahan termasuk di Sebuyau dan Muara Tuang. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, dengan pelaksanaan projek itu secara berterusan, bekalan air di negeri ini akan menjadi lebih stabil dan mencukupi menjelang tahun 2030. Projek-projek yang sedang dilaksanakan […]

Pelajar, asnaf, pertubuhan terima sumbangan sempena Maal Hijrah Peringkat Daerah Lundu

LUNDU: Sebanyak RM150,500 disumbangkan kepada penerima semasa sambutan Maal Hijrah Tahun 1448H/2026M Peringkat Daerah Lundu di Kampung Stunggang Melayu Lama, di sini, malam tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan sambutan itu yang bertema “Ummah Maju Makmur”. Sumbangan terbahagi kepada sebanyak RM10,500 Bantuan Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) […]

Projek tangki aras tinggi bakal dibina, mampu selesai bekalan air Samarindah

KOTA SAMARAHAN : Penantian lebih 20,000 penduduk Samarindah untuk menikmati bekalan air lebih stabil bakal berakhir apabila siapnya projek pembinaan tangki aras tinggi nanti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, tangki itu dijangka menjadi penyelesaian jangka panjang terhadap isu gangguan bekalan air yang berlarutan di kawasan perumahan terbesar di Sarawak itu. […]