KUCHING: Sarawak enggan mengambil langkah drastik berhubung kenyataan Jabatan Meteorologi (MET) Sarawak bahawa asap letusan Gunung Ruang akan sampai ke ruang udara negeri ini. Sebaliknya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, Sarawak masih menunggu nasihat pakar untuk sebarang langkah berhubung perkara itu. Katanya, perkara itu mungkin berlaku kerana kepulan asap itu akan […]
BDDA peruntuk RM82 juta tingkat sektor pertanian di Betong
KUCHING: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) memperuntukkan RM82 juta untuk aktiviti dan projek bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan itu. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM15.5 juta akan digunakan pada tahun ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, bidang pertanian moden dan […]
Turki berminat jadi rakan kongsi perniagaan Sarawak
KUCHING: Republik Turki berminat menjalin hubungan dua hala dalam perniagaan bersama Sarawak, menurut Duta Besar Republik Turki Ke Malaysia Emir Salim Yuksel. Katanya, Turki memberi tumpuan terhadap pembangunan di Sarawak dan melihat potensi negeri ini sebagai rakan kongsi dalam industri perniagaan. Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin […]
Tohmahan tidak berasas, Setiausaha Politik Premier buat laporan polis
KUCHING: Sekumpulan Setiausaha Politik Premier Sarawak membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook dikenali “Charles Roger Francis” di Balai Polis Satok, Jalan Nagor, di sini, hari ini. Menurut Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samat Gany berkata, pemilik akaun Facebook itu membuat beberapa hantaran berbaur fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin Sarawak. Katanya, ini khususnya […]
Dasar baharu baik pulih sekolah daif mampu kurangkan kos
SIBU: Dasar baharu bagi mempercepatkan usaha membaik pulih sekolah daif dan klinik negeri ini dengan menggunakan dana Kerajaan Sarawak, jelas terbukti mampu mengurangkan kos pelaksanaannya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini jelas terbukti dengan pembinaan tujuh sekolah oleh Kerajaan Sarawak termasuk sekolah di Daro, Ulu Sengan dan Meludam. […]
Kerajaan setuju pertimbangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang
KUCHING: Kerajaan Perpaduan secara dasar bersetuju mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ini dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana, Putrajaya pada 17 April 2024. “Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim,” […]
Sarawak tunggu Kementerian Luar Negeri bawa pelajar keluar dari Timur Tengah
KUCHING: Kerajaan Sarawak kini sedang menunggu Kementerian Luar Negeri mengeluarkan nasihat bagi membawa keluar rakyat Sarawak yang berada di negara Timur Tengah. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelajar Sarawak akan dibawa keluar jika Kementerian Luar dan Kementerian Pengajian Tinggi menasihat untuk membawa keluar pelajar khususnya yang berada di Timur […]
Skim Penempatan Semula dibangun di Tanjung Manis
TANJUNG MANIS: Kerajaan Sarawak akan membangunkan Skim Penempatan Semula (SPS) di Tanjung Manis untuk individu dari luar yang mahu menetap dan bermastautin di sini. Bagi tujuan itu, sebanyak RM20 juta diperuntukkan melalui Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, projek tersebut memerlukan […]
Jambatan Piasau mercu tanda baharu Miri
MIRI: Bandaraya ini bakal mempunyai mercu tanda ikonik baharu selepas kerajaan meluluskan pembinaan Jambatan Piasau yang mengambil inspirasi Jambatan San Francisco-Oakland Bay dan Jambatan Golden Gate di Amerika Syarikat. Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Joharu Tun Openg berkata, jambatan kabel tersebut akan menghubungkan Piasau berhampiran Hutan Simpan Piasau ke Marina Miri. Apabila siap, jambatan tersebut […]
Program Bantuan MyLesen (B2) Parlimen Betong sasar hingga 1,200 peserta
SPAOH: Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen (B2) julung kali diadakan di peringkat Parlimen Betong tidak lama lagi. Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu berkata, program memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan lesen memandu kelas B2 dengan kadar yang rendah. Ia terbuka penyertaannya kepada warganegara Malaysia termasuk belia atau pelajar berumur 16 tahun ke atas, orang dewasa […]
